in

Ramai Penduduk Risau Tengok Awan Ungu Misteri Muncul Di Langit Chile

F2 Iodine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Warna ungu sememangnya sering menjadi warna kegemaran ramai, namun jika tiba-tiba awan di langit berubah dari warna putih menjadi ungu, ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.

Itulah yang berlaku di sebuah bandar di Chile baru-baru ini apabila awan misteri berwarna ungu muncul di tempat tersebut, lapor The Sun.


7 1 1

Kejadian awan berwarna ungu itu telah menyebabkan penduduk di situ bimbang kerana takut ada fenonema alam yang boleh membahayakan mereka.

Gambar kejadian tersebut juga telah viral di media sosial negara itu.

Rupa-rupanya, ‘awan’ ungu itu terjadi akibat wap iodin meresap dari sebuah lombong iaitu lombong Cala Cala.

Ia berlaku disebabkan kegagalan fungsi pam di lombong itu yang dimiliki oleh syarikat Saltpetre and Iodine Company. Maka, terbentuklah ‘awan’ berwarna ungu itu.

Menurut pegawai alam sekitar, kegagalan pam itu telah menyebabkan iodin dari lombong itu bertukar dari bentuk pepejal menjadi gas.

8 1 2

Apabila dipanaskan, elemen itu akan membentuk wap berwarna violet. Iodin asli juga berwarna ungu.

Setakat ini, tiada laporan berkenaan masalah kesihatan yang dialami oleh penduduk di situ yang diakibatkan oleh kejadian ‘awan’ ungu itu.

Pihak berwajib kekal berada di lokasi kejadian untuk memantau situasi itu selama 48 jam.

Nasib baik bukan fenomena alam semula jadi yang luar biasa. Kalau tak, mesti lagi kecoh kan. 

Sumber: The Sun

Baca: Tasik Di Argentina Berubah Jadi Warna Merah Jambu, Nampak Je Cantik Tapi Sebenarnya…

6 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.