Ternyata konsert Billie Eilish malam tadi mengundang rasa tidak puas hati pengunjung, dapat dilihat di media sosial, bermacam-macam reaksi diberikan oleh netizen terhadap konsert yang dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Beli CAT 2 pun macam jauh 1 kilometer
Antaranya, ada tidak puas hati dengan durasi konsert yang dijalankan hanya sejam 30 minit, individu ini menyifatkan bahawa ia adalah satu scam.
Walaubagaimanapun, ramai netizen menyangkal kenyataan lelaki tersebut kerana tempoh tersebut dianggap normal untuk sebuah konsert.
Dalam pada itu, ramai yang tidak puas hati dengan kedudukan tempat duduk mereka setelah membeli tiket dengan harga yang agak mahal, termasuklah Khairul Aming yang turut hadir untuk menyaksikannya.
@khairulaming jauh matttt 😭 #billieeilish #happierthaneverworldtour #bukitjalil
Katanya harapannya membeli tiket CAT 2 untuk dekat dengan pentas itu punah apabila dia sendiri duduk jauh dari pentas sampaikan rasa tak berbaloi kerana tempat duduk dengan pentas seolah-seolah 1 kilometer jaraknya, malah menerusi ig story miliknya, Khairul Aming telah menghabiskan lebih daripada RM 500 untuk membeli kedudukan tersebut.
They should have included binoculars with the RM500 tickets to watch @billieeilish Live in KL 😣 pic.twitter.com/OMaLeNC6Gr
— Yazmin Aziz (@YazminAziz) August 18, 2022
Disebabkan itu, Khairul Aming turut menggesa pihak penganjur konsert untuk usahakan sesuatu mengenai isu ini.
Baca : Konsert Billie Eilish ‘Meriah’ Dengan Sampah Yang Ditinggalkan Pengunjung