in

“Ramai melayu beli” – Jangan Beli Souvenir Popular Ni Masa Kat Jepun, Rupa-rupanya Ia Mengandungi Arak??

Jangan Makan Haram Gais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu makanan halal dan haram di luar negara ni bukan perkara baru dan sekarang dengan kemudahan teknologi masa kini, kita dah tak payah pening kepala nak cari atau kenalpasti makanan apa yang halal dan haram.


Walau bagaimanapun, kita kenalah juga berhati-hati. Hal ni kerana, baru-baru ni viral beberapa souvenir berbentuk makanan yang agak popular di Jepun katanya telah dikenalpasti netizen mengandungi kandungan haram. Laaa apa pulak tu? 

 

“Ramai I nampak Melayu beli tadi tak halal” 

Menerusi perkongsian di Twitter, individu ni perasan ramai di kalangan orang Melayu katanya telah membeli beberapa souvenir makanan dari Jepun yang menurutnya tidak halal. Dia juga katanya sudah membuat teguran mengenai hal ini beberapa kali, namun tidak dihiraukan.

Antara makanan yang dikenalpasti tak halal ialah Tokyo Banana, segala produk Kit Kat di Jepun dan Shiroi Koibito (white chocolate cookies). 

 

Ada ‘arak’ dan gelatin dalam kandungan makanan

Posting ini kemudian mendapat perhatian netizen lain yang seterusnya membuat siasatan dan mendapati memang kesemua makanan tu tak halal sebab mengandungi ‘liquor’ atau arak.

Tokyo Banana katanya antara yang paling ‘tidak halal’ kerana mengandungi ‘arak’ dan gelatin babi. 

Tokyo Banana 1

Tokyo Banana 2

El3Bzg U4Aahvjg

El3Bzg Ucaer2To
sumber: twitter

Manakala biskut Shiroi Koibito dan Kit Kat (Jepun sahaja) pula katanya ada mengandungi gelatin babi dan lembu. Dengan itu, ia haram untuk dimakan oleh Muslim. 

Shiroi 1

El6Fvswu8Aabr8P

El6Fwmduyaeodsb
sumber: twitter

 

“Nowadays…. kalau sorang Muslim beli semua akan ikut beli” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni ternyata terkejut kerana menyangka makanan-makanan ni halal dan siap beli bawa balik Malaysia lagi buat kawan-kawan.

Pun begitu, ada juga yang menegaskan bahawa makanan di atas ni ada juga versi halalnya tapi orang Muslim diingatkanlah untuk berhati-hati dan sentiasa tengok label ingredients sebelum membeli apa-apa jenis makanan di luar negara.

Haramm
sumber: twitter

Baca: “Nampak ramai orang pakai tudung, tukar signboard halal” – Hati-hati Cuba Street Food di Korea, Ada ‘Babi’ Pun Cakap Halal

Pork

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.