Petang semalam, mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm akhirnya ditemui selepas lebih seminggu kejadian tersebut berlaku.
Difahamkan, mayat mangsa yang ke-31 yang juga seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan di Sektor A tapak perkhemahan itu.
Walau bagaimanapun, beg Spiderman yang dipegang oleh seorang anggota polis wanita semalam telah menjadi perhatian kerana beg berkenaan merupakan milik mangsa terakhir tersebut.
Menurut Harian Metro, beg Spiderman milik mangsa terakhir itu telah dibawa ke kawasan pencarian itu oleh ibu mangsa agar Unit Anjing Pengesan (K9) boleh mengecam bau itu untuk memudahkan proses mencari mangsa.
Gambar beg Spiderman yang dipegang oleh salah seorang anggota polis wanita itu telah dikongsikan di Facebook Polis Diraja Malaysia semalam sebelum gambar berkenaan dibanjiri komen oleh warganet yang rata-rata sedih dan tersentuh melihat beg mangsa.
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid02ptPkR3xqJyduFtMVDPSB3rJF1mDWh6NeQHJLY6dxSFkuW9xFhVd62e9WzxMQDoffl
Jutaan terima kasih buat semua agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh ini.
Sumber: Harian Metro, Facebook Polis Diraja Malaysia
Baca: Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Polis Sahkan Mayat Mangsa Terakhir Sudah Dijumpai