in

Ramai Kerap Demam Sejak Akhir Ni, Doktor Perjelas Rupanya Ada Kaitan Dengan Supermoon

Ft Doktor Jelaskan Supermoon Boleh Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perasan, baru-baru ini ramai orang akan rasa demam-demam, sakit tekak, batuk, selesema dan bila dah buat ujian saringan rupa-rupanya kita negatif, pasti ada yang mula rasa pelik kan?

Jadi, Dr Hannnani Kamarudin memberikan jawapannya, menurutnya ia ada kaitan dengan kejadian Supermoon baru-baru ini.


 

Kaitan demam dengan Supermoon

41655243050 Supermoon

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini (sekitar 13/14 Julai 2022) telah berlakunya Supermoon atau bulan mengambang kerana berada pada jarak terdekatnya dengan bumi sekali gus menyebabkan ia kelihatan lebih besar dan terang.

Menerusi Awani, fenomena ini juga hanya kelihatan di beberapa tempat di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika dan hanya muncul tiga atau empat kali dalam setahun.

Mengikut Kalendar Astronomi Planetarium Negara untuk tahun 2022, tiga supermoon untuk tahun ini muncul pada 14 Jun, 14 Julai dan 12 Ogos.

Jadi, apa kena mengena Supermoon di dengan demam semua tu?

@drhannanikamarudin

Semua orang dah start sakit tekak cek covid cek influenza semua negative.. dah kuman apa pulak ni…jom dengar apa kata dr H #rumahsihatkita #klinikdrhannani #medical #healthiswealth #sihat #batupahatjohormalaysia

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Kata Dr Hananni, fenomena ini akan meningkatkan kelembapan udara sehingga menjadikan bakteria dan virus semakin kuat dan banyak.

“Ini kejadian alam semulajadi, jadi sebagai manusia, memang lah kita ada antibody cuma kita kena pertingkatkannya dan perlindungan kita sendiri.”

“Kalau batuk sikit-sikit, cuma remedi tradisional, macam rendam cengkih dalam air panas, 2 3 biji, minum madu, kalau tak ok juga baru jumpa doktor.”

Tambahnya, selagi ia tidak membuatkan kita sesak nafas, susah tidur, sakit kepala, demam panas yang teruk, beliau nasihatkan ambil symptomatic treatment dan rehat secukupnya.

Baca : “Oh baru tahu” – Tak Reti Nak Pilih Ketam? Ini Petuanya

2Ketam

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.