Perkongsian pelakon Zul Ariffin ketika melawat kota Al Ula, Arab Saudi pada Ogos lalu kembali tular sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ini disebabkan kota yang dikunjungi pelakon terbabit dipercayai adalah tempat terkutuk yang dilaknat oleh Allah SWT.
Susulan perkongsian itu, timbul kekeliruan apabila ada pihak yang mengatakan tidak boleh melawat Al Ula, tetapi ada segelintir pihak pula berpendapat lokasi tersebut masih boleh dikunjungi orang ramai.
Artikel berkaitan: “Nabi Muhammad pun lalu je” – Video Melawat Al ‘Ula Kembali Tular, Zul Ariffin Dikecam Netizen?
View this post on Instagram
Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Zul Ariffin tampil memberi respon mengenai isu tersebut.
Menerusi beberapa hantaran di platform X, Zul Ariffin berkata pada awalnya dia tidak terkesan dengan kritikan netizen kerana kebiasaannya tidak mengambil ‘pusing’ perkara yang dianggap isu remeh.
“Selalunya buat tak tahu tapi sekali sekala layan juga kerenah pelik ni, mungkin sebab bosan lama tak masuk set kot.
“Maaf ya, ramai je yang yak yak yay kat town sendiri, sibuk town negara (lain) dah kenapa?” soalnya.
Dalam hantaran lain, pelakon yang selesai mengerjakan ibadah haji pada musim lalu turut mengkritik terhadap segelintir blogger yang hanya mencipta content murahan sehinga namanya tercalar.
“Manusia tak kecoh mana pun, yang buka majlis ni blog-blog yang seronok tak ada content, jadi cedok cerita apa yang ada.
“Today, sana sini suruh stay calm, tabah, sabar. Sorry, tak akan nak menggelupur dengan game-game content ni,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi di ruangan komen, ramai yang menasihati Zul untuk tidak terus melayan emosi serta mengendahkan kritikan tersebut.
Bagi admin, jika kita kurang arif dengan sesuatu perkara contohnya seperti isu kota ini, disarankan untuk bertanya kepada mereka yang lebih arif.
Sumber: Twitter