in

“Ramai gadis heartbroken”- Putera Mateen Bakal Berkahwin Dengan Pilihan Hati Januari 2024

F1 Prince Mateen Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan Putera Mateen , kerabat diraja Brunei yang telah menjadi lelaki idaman ramai wanita kerana wajahnya yang kacak kan.

Tak hairanlah jika Putera Mateen memiliki 2.4 juta pengikut di Instagram!


Namun, nampaknya ramai gadis yang kecewa kerana putera raja yang berusia 32 tahun itu dilaporkan akan berkahwin dengan wanita pilihannya pada awal tahun hadapan iaitu bulan Januari 2024, lapor Astro AWANI.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah akan disatukan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam.

Difahamkan, Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa.

Artikel Berkaitan: “She looks expensive!” – Makin Meningkat Remaja, Puteri Ameerah Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: Ratu Elizabeth II Disemadikan Di Memorial King George VI Bersama Barang Kemas Kesayangan

Memetik laporan RTB Brunei, istiadat perkahwinan kedua pasangan akan berlangsung selama 10 hari dan istiadat akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari nanti.

Pasangan mempelai kemudiannya akan disatukan dalam majlis akad nikah pada 11 Januari nanti.

Untuk pengetahuan semua, Putera Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Mesti istiadat perkahwinan mereka berdua nanti akan jadi wedding of the year kan. Tak sabarnya nak tengok royal wedding nanti! 

Sumber: RTB News

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.