Tanggal 31 Ogos sememangnya menjadi tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik kerana pada tarikh inilah, negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.
Malam tadi, difahamkan lebih kurang 600 orang pengunjung telah berkhemah beramai-ramai di Taman Pancarona, Putrajaya kerana mahu sama-sama menonton sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang ke-67 pada hari ini di Dataran Putrajaya, lapor Harian Metro.
Ramai yang memilih untuk menyertai acara berkhemah di taman itu kerana mahu menjadi antara yang terawal sampai di Dataran Putrajaya pada hari ini untuk menyaksikan sambutan tersebut.
Macam tahun-tahun lepas, kalau lambat sampai, memang tak dapat chop spot yang terbaik untuk menyaksikan perarakan dan perbarisan hari merdeka ini.
Difahamkan, mereka yang berkhemah di taman itu merupakan mereka yang menyertai program Glamping Jiwa Merdeka 2024 dengan tujuan untuk menanti sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Artikel Berkaitan: IOI City Mall Buat Social Experiment, Pengunjung Mall Berdiri Tegak Ketika Dengar Lagu Negaraku Dipasang
Artikel Berkaitan: Benjamin Britten: Kisah Komposer Hebat Abad Ke-20 Yang Cipta Lagu Kebangsaan Tapi Akhirnya…
Program Glamping Jiwa Merdeka yang baru sahaja pertama kali dibuat pada tahun ini dianjurkan pada 30 Ogos untuk memberi tempat menunggu yang selesa kepada orang ramai yang mahu bermalam di Putrajaya sebelum menyaksikan acara sambutan hari Kebangsaan pada hari ini.
Difahamkan, aktiviti perkhemahan itu dianjurkan dengan berkonsepkan glamping atau glamour camping.
Mereka yang menyertai program berkhemah ala glamping itu juga turut dihiburkan dengan nyanyian lagu patriotik dan mereka juga menonton filem Malbatt: Misi Bakara secara beramai-ramai.
Taman Pancarona yang menjadi lokasi tapak perkhemahan glamping ini terletak tidak begitu jauh dari Dataran Putrajaya, iaitu hanya 700 meter sahaja.
Nampak macam best je ni kan, nak join lah untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun depan!
Sumber: Harian Metro