Setiap orang pasti mahukan kehidupan yang selesa dan senang, betul tak? Pun begitu, pada zaman yang semakin maju ini, masih lagi ada beberapa insan yang belum mampu untuk merasakan semua itu.
Baru-baru ini, tular klip video di media sosial mengenai seorang budak lelaki dikenali sebagai Akid yang terpaksa tinggal di rumah usang hampir roboh bersama keluarganya.
@myfundaction Cuba tengok toilet dorang 😭 #fyp
Menurut K! Online, rumah keluarganya yang terletak di Kota Bharu, Kelantan itu telah roboh pada Oktober lalu kerana dilanda angin kuat tambah pula dengan struktur rumah yang telah lama dan reput.
“Mak abah tak mampu nak beli rumah besar”- Ujar Akid
“Ada orang kata kami lapar kedarah”
Akid juga turut kongsikan pengalaman peritnya untuk meneruskan hidup bersama keluarganya dengan melakukan pelbagai kerja terutamanya di surau dengan mengemas dan mencuci tandas.
Saat ditanya berapa wang yang diperoleh hasil kerja-kerja itu, ini jawab Akid…
“Kadang-kadang dapatlah 6 ringgit macamtu. Akid beli bawang merah, tepung untuk buat makan” – Tambah Akid
Dalam nada sedih menahan sebak, Akid akui orang sekeliling pernah menggelar mereka sejenis yang suka meminta duit orang walaupun telah lakukan pelbagai kerja demi mendapatkan sesuap nasi.
Perkongsian itu telah menyebabkan netizen berasa sedih dan luluh apabila Akid mengatakan ramai yang membenci dirinya dan keluarga. Tak kurang juga yang beri kata-kata semangat untuk Akid agar terus tabah.
Difahamkan sekarang ni pihak NGO telah membuat keputusan untuk membina rumah baru buat Akid sekeluarga. Min harap supaya semua urusan dipermudahkan ya!