Iqram Dinzly kini timbul lagi dengan kontroversi baru selepas membuat live menunjukkan wajahnya yang telah disolek, memakai pakaian tidur wanita dan membuat aksi-aksi seksi sambil berlatar belakangkan muzik selawat.
Ketika live tersebut berlangsung, ramai netizen turut mengecam tindakan pelakon ini dan meminta agar dia berhenti mempersendakan agama.
“bila CONTENT lagi penting dari ADAB!”
Tak cukup dengan itu, pengacara Iesya Toh juga turut memuat naik video tersebut di Instagram dan meminta agar tindakan diambil ke atas Iqram Dinzly.
Menerusi ruangan komen, dapat dilihat beberapa selebriti lain turut bersetuju dan menyifatkan perbuatan Iqram ini melampau.
“Itu bukan saya”
Mengulas mengenai isu ini, Iqram mengatakan bahawa individu di dalam video tersebut bukanlah dirinya tapi karakter yang diberikan nama “Princess Iqy Dinzly”, lapor Harian Metro.
Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘pelacur-pelacur bilik kaca’ dan ‘penari tiang dalam bilik kaca.”
Tambahnya lagi, video tersebut adalah teguran untuk golongan transgender yang dilihat semakin berani.
Satu lagi, kaum transgender semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.
“Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat.”
Iqram turut menasihatkan orang ramai untuk memadam hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan mengambil keberkatan dalam bulan Ramadan.
Sekarang, kalau nak tengok Iqram Dinzly yang betul, tengok drama Mem dan Bibik Bibik yang akan ditayangkan di TV3 bermula esok.
“Selepas itu, ada beberapa drama lain lagi antaranya Dilema Wanita dan satu lagi drama arahan pengarah Erma Fatima.”
Sampai macam tu cara Iqram nak menegur orang ya…
Baca: “Kami buat untuk suka-suka” – Isu Cekik Mona Allen, Iqram Akhirnya Mengaku Hanya Gimik Semata