in

Rakaman Lama, Polis Tak Buka Kertas Siasatan Untuk Program All Together Now Malaysia

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dakwaan tiada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikalangan  selebriti yang terlibat dalam rakaman progam realiti nyanyian All Together Now Malaysia yang tular baru-baru ini, pihak polis mengatakan tiada kertas siasatan akan dibuka.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali, selepas semakan dibuat pihaknya mendapati rakaman tersebut telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan, lapor Kosmo.


Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

880Faab5 B1Fe 4242 96C2 56948Bdef90B

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka.”

Dilaporkan program yang menampilkan 50 juri itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga siasatan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dijalankan.

Manakala, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

Untuk pengetahuan korang, program All Together Now Malaysia ini telah diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom.

 

Baca: “Tak kira siapa, jika langgar SOP tindakan akan diambil, walaupun anak saya sendiri” – Ismail Sabri

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.