Seorang wanita berkongsi rakaman video di TikTok apabila secara tak sengaja terakam suara mendayu memanggil namanya.
Dia yang dikenali sebagai Aimi Nabila Kamsani memaklumkan kejadian itu berlaku ketika berseorangan di dalam premis tempatnya bekerja.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, kedengaran suara halus memanggil namanya sehingga dia tergamam seketika.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Meremang! Petugas Kesihatan Terakam Suara Perempuan ‘Menyanyi’ Pukul 4 Pagi Dalam Ambulan
Artikel berkaitan: Tular Rakaman Gangguan Ketukan Di Parit Raja, Penduduk Dakwa Ada Individu ‘Test’ Ilmu Hitam
Menurutnya, pada hari kejadian, dia ditugaskan membuka premis dan datang hampir 12 tengah hari.
@aimibellaaa Kena transfer tempat baru member pun nak perkenalan baru ? #fyp #fypdonggggggg #kisahseram
“Sebaik masuk ke dalam premis, saya terus duduk depan komputer dan saja rakam video guna telefon bimbit sambil betulkan tudung.
“Tiba-tiba saya terdengar suara memanggil nama saya Aimi. Tiga kali saya dengar suara sama dengan yang terakhir kedengaran dekat di telinga kanan.
“Seram sejuk dan meremang bulu roma saya kerana waktu itu, saya memang seorang diri dalam premis namun mujurlah kakitangan datang tak lama kemudian,” katanya.
Untuk mendapat kepastian mengenai suara misteri yang didengari, dia meminta rakan sekerja untuk mendengar rakaman video terbabit ketika menceritakan apa yang berlaku kepadanya.
“Mereka pun dengar yang sama sampai jadi seram dan suara itu seakan suara perempuan.
“Memandangkan saya baru dua minggu dihantar bertugas di cawangan premis berkenaan jadi saya ceritakan apa yang berlaku dan bertanya dengan kakitangan lebih lama.
“Menurut mereka, ‘benda’ itu memang ada dan pernah diganggu. Ada juga yang pernah nampak lembaga hitam dan dengar bunyi seakan orang meramas plastik di tingkat atas,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen video terbabit, ada pengguna yang mendakwa turut mendengar suara memanggil itu.
Korang pernah alami situasi begini juga tak?
Sumber: Harian Metro, TikTok