in

“Rahim ada rahim ke ni?” – Lelaki Ini Terkejut Doktor Sahkan Dirinya Mengandung Padahal Hanya Sakit Perut Biasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan atau buat check-up di hospital kalau menghidapi sebarang penyakit kan. Admin bukan setakat nak pergi hospital, nak kena inject pun takut. 


Namun, untuk seorang lelaki dari China ini pula, dia jadi makin risau pula selepas buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Menurut Global Times, lelaki yang bernama Wu dari Zhongshan, selatan China, wilayah Guangdong ini telah ke hospital untuk check-up sebab dia mengalami sakit perut.

Gambar sekadar hiasan

Namun, doktor yang bertanggungjawab merawat sakit perutnya itu telah mengesahkan dirinya mengandung. Dia kan lelaki sejati, macam mana pulak boleh termengandung ni? 

Difahamkan, Wu telah menjalani ujian ultrasound setelah mengadu sakit perut di hospital terbabit. Ujian ultrasound itu pula menunjukkan dirinya mengandung dengan embrio normal. Mesti dia terkejut habis sebab tiba-tiba pulak lelaki zaman sekarang boleh mengandung. 

Disebabkan dia terlalu terkejut dan tak boleh terima hasil pemeriksaan doktor tu, Wu telah meminta doktor terbabit untuk check semula.

Gambar sekadar hiasan

Rupa-rupanya, ada kesilapan yang telah berlaku dan menurut doktor tersebut, ada petugas hospital yang terlupa untuk delete diagnosis pesakit sebelum Wu diperiksa. Difahamkan, salinan laporan yang sama dengan pesakit sebelum ini telah diberikan kepada lelaki tersebut.

Doktor tersebut juga mengesahkan bahawa Wu tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan telah memohon maaf atas kesilapan terbabit.

Jadi, dia sebenarnya tak mengandung pun, cuma ada kesilapan teknikal je. Buat orang panik je doktor ni. 

Baca: “I never do s*x” – Doktor Sahkan Gadis Ini ‘Mengandung’, Rupa-rupanya…

Sumber: Pxfuel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.