in

Putera Mahkota Arab Saudi Tak Pandang Israel Sebagai Musuh, Tapi ‘Rakan’ Yang Berpotensi

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dahulu Israel tidak diiktiraf oleh negara-negara Islam, kini tidak lagi apabila Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menyatakan bahawa Israel berpotensi menjadi sekutu mereka.

Pemimpin berusia 36 tahun itu juga berkata beliau mahu menjalankan kerjasama dengan Iran. Selain itu, beliau juga berpendapat pembunuhan seorang wartawan, Jamal Khashoggi di Pejabat Konsulat negaranya di Istanbul, Turki adalah satu kesalahan.


1

Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau dalam satu wawancara beberapa hari lalu. Putera Salman turut sempat berkongsikan minatnya terhadap drama bersiri televisyen, Game of Thrones.

Beliau turut menyentuh isu Palestin dalam wawancara itu dan berharap konflik di antara Israel dan Palestin dapat diselesaikan pada masa akan datang.

Beliau turut menyatakan banyak kepentingan yang dapat dilakukan oleh negaranya dan Israel jika mereka bekerjasama sebagai rakan sekutu.

“Kami tidak memandang Israel sebagai musuh, kami memandang mereka (Israel) sebagai satu sekutu yang berpotensi dengan banyak kepentingan yang dapat kami lakukan secara bersama. Tetapi, kita harus menyelesaikan beberapa masalah sebelum kita dapat bersama”, jelas beliau.

 

Kredit: Sinar Harian

BACA: Atlet Israel Terjatuh Riben Pun Menang Emas, Jurulatih Rusia Dakwa Ada Unsur Rasuah?

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.