in

“Putar belit” – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Keluar Lepas Aliff Aziz Perform

jaga hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya umum sedia maklum mengenai pergolakan rumah tangga yang pernah berlaku pada pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah, yang mana Sophia Albarakbah didakwa menjadi orang ketiga di dalam perhubungan tersebut.

Walaupun isu ini sudah lama selesai, ia kembali menjadi perhatian ramai apabila Bella mendakwa Sophia menipu ketika menjawab soalan wartawan berhubung kehadirannya di program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lepas.


Artikel berkaitan: “NOT ME!” – Sophia Albarakbah Nafi Dirinya Dikaitkan Dalam Hal Rumah Tangga Artis Terkenal

Artikel berkaitan: Pengarah Tak Tahu Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Tidak Mesra Macam Dulu, ‘Dingin’ Di Lokasi?

Datang untuk teman sepupu

Menurut hLive, Sophia ketika ditemubual berkata, dia hadir ke ASGV sekadar untuk memberi sokongan terhadap sepupunya, Aisha Retno.

Malah dia juga mendakwa tidak menonton rancangan tersebut sehingga selesai kerana ingin menemani Aisha ketika membuat persembahan pada jam 11 malam untuk siaran di Youtube.

Sophia juga pada masa yang sama telah menafikan dakwaan yang mengatakan kehadirannya ke ASGV adalah untuk menonton persembahan Aliff Aziz yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Kalau bertembung saya rasa tak salah sebab kita dalam industri yang sama. Honestly tak salah pun berada di tempat yang sama,” kata Sophia.

“Dah biasa menipu dan putar belit”

Tidak setuju dengan kenyataan pelakon itu, Bella Astillah menuduh Sophia menipu kepada wartawan berhubung isu kehadirannya di ASGV.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, menerusi IG story berkata nama Sophia sebenarnya tiada dalam senarai tetamu dan pelakon itu dikatakan keluar dari auditorium sejurus menonton persembahan suaminya, Aliff Aziz.

barakbah

Masih nak menipu stay lepas Liza Hanim? Serious la dia ni. Dah lah nama takde dalam guest list. And then lepas Aliff habis je nyanyi dia terus gerak balik. 

“Dah lah duduk depan wartawan, pastu nak menipu lagi. Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit,” tulis Bella.

Tak cukup dengan itu, Bella juga dilihat menegur kenyataan suaminya yang dikatakan menjaga hati pihak sebelah sana.

aliff

Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” katanya.

Aliff sebelum ini ketika ditanya wartawan mengatakan kehadiran Sophia tidak mengganggu persembahannya memandangkan sebagai artis dia memahami mereka akan bertembung di mana-mana acara.

Harap-harap isu ini tidaklah berpanjangan. Takut ganggu juga prestasi Aliff di ASGV. 

Sumber: Instagram, mStar

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.