Macam yang korang semua tahu, kes di Malaysia kena sedang meningkat naik. Semalam sahaja, kita telah mencatatkan sebanyak 5, 413 kes dan 40 kematian direkodkan.
Baru-baru ini, melalui ciapan di Twitter, Doktor Azfar Kamal dari Hospital Sungai Buloh telah memberitahu tentang keadaan terkini kes Covid-19 di Malaysia.
Azfar telah meminta rakyat Malaysia untuk berjaga-jaga kerana dijangkakan gelombang baru Covid-19 akan berlaku pada bulan Disember ini.
Katanya lagi, kes akan meningkat dalam masa dua minggu ini dan Pusat Covid sedang dalam penyediaan untuk menghadapi gelombang seterusnya ini.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, harap maklum yang kita sekarang sedang menjangkakan gelombang Covid-19 yang seterusnya pada Disember 2021.
Akan ada peningkatan kes dalam masa dua minggu. Pusat Covid kini dalam persediaan untuk menghadapi gelombang seterusnya ini.
Wad aktif kami dan ICU kini penuh dengan pesakit kategori 4 dan 5.”
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Please be aware that we are expecting next COVID-19 wave in December 2021.There will be surge of cases for the next 2 weeks. Covid Centre is in preparation to anticipate the next wave. Our Active wards / ICU are full with Category 4 & 5 patients.— Dr Azfar Kamal (@Azpapip) November 16, 2021
Selain itu, Azfar turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan kerap membasuh tangan serta bagi orang yang mahu membuat perjalanan ke luar negara, dinasihatkan untuk mengambil vaksin penggalak secepat mungkin.
Sila patuhi SOP, basuh tangan anda, jaga jarak anda, sentiasa pakai pelitup muka dan elakkan kontak rapat.
“Untuk yang mahu membuat perjalanan ke luar negara, sila dapatkan dos penggalak vaksin secepat mungkin. Kekal selamat.”
Baca: 2 Kes Pertama Covid-19 Varian Delta Plus Dikesan Di Malaysia – KKM