Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pendedahan terbaharu mengenai kes kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir dalam satu sidang media khas di Bukit Aman.
Bagi yang terlepas sidang media ini, berikut antara 12 intipati penting yang dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar:
1. Punca kematian Zara Qairina pada awalnya dikenal pasti sebagai kecederaan otak akibat kekurangan oksigen dan aliran darah.
2. Wujud kegagalan prosedur siasatan apabila pegawai penyiasat tak mohon bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan ketua bahagiannya.
3. Terdapat persetujuan atau permohonan ibu mangsa supaya bedah siasat tidak dibuat dan persetujuan itu direkodkan dengan tanda tangan di dalam satu surat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
Dokumen itu turut ditanda tangan oleh doktor patologi serta pegawai penyiasat. Surat berkenaan bertajuk, “Surat akuan enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri.”
Artikel berkaitan: Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM & Warden Ditempatkan Di JPN Sabah
Artikel berkaitan: JSJ Bukit Aman Hantar Pasukan Khas Ke Sabah Untuk Ambil Alih Kes Zara Qairina
4. Pada 10 Ogos, empat pakar patologi lakukan bedah siasat dan punca kematian sama seperti dapatan awal iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
‘The injury is sustain due to fall’.
5. Pada 12 Ogos pula, perbincangan telah dibuat antara Peguam Negara dengan polis dan berpendapat inkues perlu dibuat. Permohonan akan dibuat kepada koroner dalam masa terdekat. Inkues ini adalah untuk mendapat kebenaran terhadap persoalan kepada penyebab kejadian.
6. Task force yang ditubuhkan juga akan menyiasat ke arah elemen lain terutamanya dari sudut jenayah.
7. Polis telah membuka 15 kes siasatan terhadap pelbagai penyebaran berita tak sahih.
8. Seorang wanita berusia 39 tahun telah ditahan untuk siasatan berhubung penyebaran berita palsu.
9. Siasatan task force juga merekodkan keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.
10. 82 percakapan telah direkodkan termasuk daripada pelajar dan antara mereka ada yang dipanggil semua untuk membantu siasatan.
11. Hasil siasatan polis tidak menemui sebarang kaitan dengan penglibatan VVIP.
12. Semua kecederaan yang dialami Allahyarhamah telah diterangkan kepada keluarga dan peguam.
Semoga kebenaran mengenai kes ini akan terbongkar tidak lama lagi. #JusticeForZara
Sumber: Sinar Harian, Buletin TV3