in

Pulang Semula Buku Pinjaman Selepas 73 Tahun, Perpustakaan Saja Semak Denda, Rupanya Sampai RM16k

2buku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah buku milik Perpustakaan Awam Dunfermline dipulangkan selepas lebih 7 dekad dipinjam. Buku bertajuk Statley Timber hasil karya Rupert Hughes itu dipulangkan selepas kali terakhir dipinjam pada tahun 1948.

Memetik laporan Irish Examiner, buku pengembaraan yang berlatar Boston, Amerika Syarikat itu sepatutnya dipulangkan ke perpustakaan tersebut pada 6 November 1948. Buku itu kembali ke simpanan perpustakaan tersebut selepas dihantar secara pos oleh anak perempuan peminjam pada minggu lepas.


Screenshot 2021 11 20 at 11.11.33 AM

Ketika membuka bungkusan yang dihantar melalui pos itu, Donna Dewar, pembantu pustakawan hanya mampu ketawa. Sekadar suka-suka, Dewar sengaja membuat semakan bayaran denda lewat. Dewar mendapati peminjam buku tersebut dikenakan denda berjumlah £2,847 yang bersamaan kira-kira RM16,000.

Dalam bungkusan itu, anak perempuan peminjam buku tersebut ada menjelaskan beberapa perkara mengenai keberadaan buku itu sebelum dipulangkan. Dalam surat itu beliau menjelaskan, mendiang bapanya pernah tinggal berdekatan perpustakaan tersebut sekitar tahun 1948. Namun beliau kurang pasti samada bapanya terlupa untuk memulangkan semula atau memang berhasrat untuk menyimpan buku itu.

Screenshot 2021 11 20 at 11.11.06 AM

Anak perempuan itu juga menambah dalam surat kirimannya yang beliau teruja untuk melihat tarikh-tarikh dalam buku tersebut. Tarikh-tarikh pemulangan dalam buku tersebut adalah sekitar era pasca Perang Dunia Ke-2.

Dalam buku itu juga terdapat peringatan mengenai pemulangan buku milik perpustakaan dalam tempoh 14 hari. Ironinya, buku tersebut kembali ke perpustakaan selepas 73 tahun.

 

Baca: Limbah Pustaka:  Ini Cara Unik Librarian Pupuk Semangat Membaca & Penjagaan Alam Sekitar Pada Kanak-kanak

Screenshot 2021 11 20 at 11.09.53 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.