in

#PUBGMxBLACKPINK Permainan Battle Royale Popular ‘PUBG’ Kini Bergabung Bersama Blackpink!

Gambar Hiasan 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wow! Permainan mudah alih popular, Permainan battle royale popular PeopleUnknown’s Battleground ‘PUBG’ Mobile kini secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, Blackpink!


Perkara ini telah disahkan sendiri oleh PUBG Mobile melalui akaun Twitter rasmi semalam. Dengan tagline #PUBGxBLACKPINK serta berwajahkan tema gabungan PUBG bersama Blackpink, sudah tentu ramai yang tidak sabar dengan kolaborasi mantap ini.

Meskipun tidak banyak perkara antara PUBG, Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa yang terungkai didalam tweet tersebut, namun perkara ini mengukuhkan lagi khabar angin bahawa keempat-empat artis popular korea itu bakal berada didalam platfom permainan video itu.

Sememangnya kolaborasi unik ini yang ditunggu-tunggu terutamanya buat para gamers yang turut merupakan seorang Blinks. Sebab min pun tak sabar nak tengok ada blackpink dalam pubg ni…

Kolaborasi ini merupakan sesuatu perkara yang diluar jangkaan, ini kerana jarang kita temui artis korea berminat untuk bergabung dengan permainan video. Wow limited sungguh.

Bagaimanapun tarikh rasmi bagi PUBGMxBLACKPINK itu masih belum dinyatakan.

 

Baca: Atuk Hilang Duit Pencen RM12,931 Dalam Bank, Rupanya Cucu Curi Nak Beli Item Dalam PUBG!

Capture 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.