Jep Sepahtu, sebut saja namanya pastinya kita kenal dengan sikap pelawak yang suka bergurau, menyakat dan usik orang bila menontonnya di kaca TV.
Siapa sangka, “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”, sikap itu turun kepada anak lelakinya yang baru sahaja berkhatan beberapa hari lalu.
Artikel Berkaitan : Dakwa Tidak Dijemput, Jep Sepahtu Jawab Soalan Peminat Tentang Majlis Kahwin Shuib & Watie
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Jep Sepahtu Menangis Disuap Bubur Bercili Oleh Sari Yanti
Dalam video yang tular di TikTok sekarang, anaknya yang berkain pelikat dilihat seperti sudah menjalani sesi khatan di sebuah hospital, anaknya dilihat begitu ceria sambil bermain telefon bimbit.
Dengan senyum lebar, anaknya sengaja mengatakan painful dengan kuat padahal sudah puas dipujuk untuk tidak menyebut perkataan itu oleh Jep. Rupa-rupanya ada kanak-kanak lain yang sedang menunggu giliran untuk dikhatankan dan kanak-kanak itu dilihat seperti menangis ketakutan.
@jepsepahtuu3 mesti korang pengalaman mcm ni kan 🤣 #jepsepahtu #sariyanti #sariyantijep #jepsari #jepsariyanti #anakanakjepsari #foryou #foryourpage
Dalam masa 2 hari, video ini telah meraih lebih daripada 1.1 juta jumlah tontonan, rata-rata netizen sangat terhibur dan memuji paras rupa anak Jep dan Sari Yanti yang begitu comel.
Kuat sakat nak Sari Yanti dengan Jep ni, geram je min tengok. Tapi mesti zaman kanak-kanak korang ada yang pernah alami perkara lebih kurang sama kan?
Sumber : TikTok