in

“Puas Hati?” – Wanita Kongsi Video Anak Terpaksa ‘Admit ’ Hospital Sebab Jadi ‘Secondhand Smoker’

Rokok 5

Seperti yang kita tahu, menghisap rokok mahupun vape boleh membahayakan diri. Ada individu yang terpaksa ditebuk dada kesan daripada perbuatan ini. Selain daripada kerosakan di paru-paru dan organ badan yang lain, perbuatan ini juga akan terkesan kepada orang lain yang tersedut asap rokok dan vape.

Artikel berkaitan: Datuk Temui Cucu 2 Tahun Sesak Nafas & Muntah, Didakwa Tersedut Atau Tertelan Cecair Vape

Artikel berkaitan: Remaja Tak Pasal-pasal Kena Marah Dengan Pakcik Baju Hijau Sebab Tegur Merokok Di Kedai Mamak

Satu video yang dikongsi oleh @farhanah_ahmad di TikToknya telah tular pada minggu lepas yang memaparkan anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke hospital kesan daripada asap rokok. Kanak-kanak perempuan itu perlu memakai alat bantuan pernafasan bagi merawat kesakitkan yang dihadapinya.

@farhanah_ahmad

Puas hati?

♬ original sound – ainidyou 🌼 – ainidyou 🌼

Dalam perkongsian lain di TikTok, Puan Farhanah juga ada menjawab persoalan netizen mengenai tanda-tanda awal anaknya menjadi ‘secondhand smoker’. Dia berkata sejak umur anaknya dua tahun, anaknya mengalami demam pada setiap bulan, batuk sehingga sesak dada dan nafasnya laju serta berbunyi.

Kanak-kanak paling berisiko

Menurut laman web Hello Doktor, secondhand smoker atau nama lainnya asap rokok pasif ini boleh mengakibatkan risiko pentakit jantung, serangan strok, mengganggu fungsi jantung, darah, salur darah dan risiko kanser paru-paru dan sebagainya. Kanak-kanak juga adalah golongan yang paling berisiko

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pandangan mereka. Ada juga yang mendoakan kesihatan anaknya.

Rokok 1

Rokok 2 1

Rokok 3

Sumber: TikTok