in

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid Meninggal Dunia Di Usia 98 Tahun

Ft Prof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yang hidup pasti akan mati.


Baru sebentar tadi Malaysia kehilangan antara tokoh ternama khususnya dalam bidang pendidikan, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Lapor Astro Awani, beliau meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Prince Court yang terletak di ibu negeri.

Berita ini pasti menyedihkan para ilmuan yang banyak menjadikan beliau sebagai idola.

 

Berikut adalah sedikit fakta mengenai dirinya dan pencapaian-pencapaian ulung yang pernah dirangkul beliau sepanjang kehidupannya :

Prof7

1. Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922

2. Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.

3. Pernah dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

4. Merupakan ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

5. Juga tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

6. Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Prof8

Menurut isteri beliau, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Prof. Ungku Abdul Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

 

Baca : “Bebas dari Covid-19” – Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya Meninggal Dunia

Meninggal

Sumber: patriot
Sumber: patriot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.