in

“Prince paling style dalam dunia” – 7 Fakta Menarik Tentang Putera Mateen Ini Buat Ramai Wanita Jadi Tak Keruan!

Untitled design 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di Asia Tenggara apabila Putera Brunei Abdul Mateen bakal melangsungkan pernikahannya pada Januari tahun hadapan bersama seorang jelitawan bernama, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.

Yang pastinya, berita ini membuatkan ramai gadis patah hati dengan Putera Mateen yang dianggap sebagai pujaan ramai wanita. Min pasti, mesti ramai lelaki dekat luar sana yang tertanya-tanya kenapa ramai sangat wanita sukakan anak Sultan Brunei ini?


Kalau korang nak tahu, jom min kongsikan tujuh fakta menarik tentang Putera Mateen yang membuatkan ramai gadis jatuh hati.

1. Sukakan olahraga

prince

Putera Mateen merupakan seorang yang sangat aktif dalam sukan olahraga. Sehingga kini, memang banyak sukan yang baginda ceburi antaranya termasuklah sukan bola sepak, golf, tinju dan ekuestrian.

Dikatakan, sukan kegemaran putera raja ini adalah suka polo dan baginda juga pernah mewakili negaranya untuk sukan tersebut dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di Filipina. Selain itu, Putera Mateen merupakan perenang yang diiktiraf serta peminat kelab bola sepak Manchester United tau!

Artikel berkaitan: Cantik, Business Minded dan Suka Travel. Siapa Gadis Cun Ini Di Hati Prince Mateen?

2. Pencinta haiwan

prince haiw

Kalau korang nak tahu, Putera Mateen juga merupakan seorang pencinta haiwan tau. Lebih menarik, baginda turut membela haiwan-haiwan eksotik liar.

Antara haiwan yang dipeliharanya termasuklah harimau belang, harimau kumbang dan seekor kucing baka British Shorthair yang dipanggil “Nuke”. Tapi, kalau lelaki yang suka haiwan ni, mesti seorang yang penyayang kan?

3. Pintar dalam akademik

khkhkh

Nak tambahkan lagi kesempurnaan Putera Mateen ni, baginda bukan sahaja kacak, bergaya dan mahir bersukan malah, merupakan seorang yang bijak juga dalam akademik tau!

Untuk pendidikan awalnya, dia hanya bersekolah di institut pendidikan tempatan seperti di Sekolah Antarabangsa Jerudong dan Kolej Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Setelah itu, dia menyambung pelajarannya ke luar negara iaitu di King’s College, London.

Pada Julai 2014, baginda berjaya tamat pengajian dengan bidang yang diceburinya iaitu, Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa. Selain itu, pada Julai 2016 baginda telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi oleh School of Oriental and African Studies, London.

Artikel berkaitan: Kemunculan Putera Mateen di Sukan SEA Buat Peminat Tempatan Histeria

4. Juruterbang yang mahir

jruuu

Selain pandai dalam pembelajaran, Putera Mateen juga merupakan seorang juruterbang yang mahir dan berpengalaman. Minatnya ini telah digilapnya semasa belajar mengendalikan helikopter di Sekolah Penerbangan Helikopter Pertahanan yang terletak di Raf Shawbury, United Kingdom.

Ayahandanya ada memiliki sebuah helikopter persendirian, jadi peluang untuk Putera Mateen berlatih menerbangkan helikopter memang banyak. Setelah beberapa lama berlatih, baginda telah dianugerahkan RAF Wing Badge yang melayakkannya untuk menjadi juruterbang helikopter.

Menariknya, usaha dan latihan baginda yang gigih ini merupakan impiannya untuk menjadi salah seorang juruterbang helikopter Black Hawk.

5. Sangat sayangkan keluarga

keluarga

Yang ni pastinya akan buat ramai wanita cair, sebabnya Putera Mateen ni memang seorang yang ‘family oriented‘ sejak dari kecil lagi.

Buktinya, semasa ditemu ramah oleh GQ Thailand, baginda berkata bahawa keluarga merupakan pengaruh positif serta pendorong semangat dalam hidupnya.

“Saya mempunyai keluarga yang sangat besar, namun saya paling rapat dengan abang dan dua orang kakak saya. Kami melakukan segalanya bersama, membesar bersama, dan tinggal bersama. Saya juga mempunyai rakan-rakan, tetapi tidak boleh berpisah daripada keluarga, mereka darah daging saya dan kami sangat erat. Kasih sayang dan sokongan mereka merupakan satu pengaruh yang positif dalam hidup saya.”

Walaupun begitu, ramai yang percaya putera Brunei ni sangat rapat dengan ibunya kerana selalu dilihat bersama ibunya dalam pelbagai acara rasmi kenegaraan. Jadi, memang betullah anak lelaki paling rapat dengan ibu!

6. Seorang askar handalan 

jgjgjg

Tak cukup dengan gelaran juruterbang, Putera Mateen juga merupakan seorang askar yang hebat. Kalau nak tahu, baginda telah menyertai Royal Military Academy Sandhurst di United Kingdom selama 44 minggu.

Sepanjang tempoh tersebut, baginda telah melakukan pelbagai aktiviti mencabar seperti menggali parit selama tiga hari tanpa henti serta berjalan ke 7 buah gunung dalam masa 24 jam je. Memang challenging korang!

7. Putera yang sangat rendah hati 

lasttttttttt

Fakta terakhir ni pula memang ciri-ciri jejaka idaman di mana baginda merupakan seorang yang sangat rendah hati. Menurutnya, ketika tidak bersukan atau menghadiri urusan di bawah tanggungjawabnya, baginda sering meluangkan masa bersama rakan-rakannya sambil menonton filem.

Bukan tu je, semasa ditemu ramah oleh GQ pada 2016, baginda akan mengakhiri setiap ayatnya dengan ucapan terima kasih. Baginda juga menyatakan bahawa, walaupun dengan kemewahan yang datang bersama kedudukannya, ia amat penting untuk tetap merendah diri. Baginda juga ada memuji tiga kawan paling rapatnya yang sentiasa membantunya untuk tetap humble setiap masa.

Sumber: Kompas, Dream.co.id 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.