in

Prince Among Slaves : Kisah Malang Putera Raja Yang Diculik Dan Jadi Hamba Abdi Selama 40 Tahun

Featured 34

Kisah keluarga diraja yang selalu kita dengar mesti yang best-best je, hidup yang mewah, makan sedap-sedap, pakai pakaian yang mahal dan banyak lagi. Tapi berbeza dengan kisah diraja yang min nak kongsikan ni.

Kisah ini mengenai seorang putera raja muslim dari Tanah Fulbe dan Jalunke.

 

Putera raja diculik dan dijadikan hamba

Abdul Rahman Ibrahim Ibn Sori mungkin boleh dikatakan sebagai salah seorang putera raja yang malang apabila tidak dapat menikmati kehidupan sebagai putera raja sebaliknya perjalanan hidupnya diisi sebagai hamba abdi di ladang kapas di Mississippi Delta, Amerika Syarikat.

Memetik Illuminasi, Abdul Rahman Ibrahim dilahirkan pada tahun 1762 dan merupakan anak kepada Raja Sori yang memerintah Fouja Djallon.

Sewaktu Abdul Rahman Ibrahim ni berusia 26 tahun dan ketika itu dia sedang berkhidmat dalam pasukan tentera, bapanya iaitu Raja Sori telah diserang hendap dan ditangkap. Abdul Rahman Ibrahim kemudiannya ditangkap dan dijual sebagai hamba abdi.

Difahamkan apa yang terjadi kepada Abdul Rahman Ibrahim ni sebenarnya ada kaitan dengan ketegangan yang berlaku antara penduduk Fulbe dan Jalunke di wilayah pemerintahan bapanya.

Untuk info kaum Fulbe beragama islam manakala Jalunke beragama bukan islam.

Waktu Abdul Rahman Ibrahim membesar, ketegangan kedua-dua puak ni telah tercetus dan semakin mendesak sampai ke tahap mencetuskan peperangan. Ia berikutan pengharaman solat di kawasan awam yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jalunke.

 

Permulaan kisah hitam Putera Ibrahim sebagai hamba abdi

Kisahnya macam ni, pada waktu itu Putera Ibrahim ni mengetuai pasukan tentera Fulbe dan dia ditangkap pihak musuh sebelum dilelong di pasaran hamba abdi. Dia kemudiannya dibawa ke ladang di Nantchez, Mississippi untuk bekerja di sana.

Disitulah dia berjumpa dengan isterinya Isabella yang merupakan salah seorang hamba yang bekerja di ladang yang sama. Dorang berkahwin pada tahun 1794 dan dikurniakan 9 cahaya mata iaitu lima lelaki dan empat perempuan.

Tapi bekerja di ladang sebagai hamba bukan lah sesuatu yang mudah. Putera Ibrahim pernah cuba melarikan diri dan meninggalkan ladang tersebut namun gagal.

10 tahun bekerja di ladang tersebut, Putera Ibrahim akhirnya menulis sepucuk surat dalam bahasa Arab kepada saudaranya di Afrika Barat.

Andrew Marshchalk, individu yang menerima surat tu kemudiannya serahkan salinan surat yang diterimanya kepada Senator Thomas Reed di Washington D.C. Masalah berlaku kat sini bila pegawai di Washington ingatkan yang Putera Ibrahim berasal dari Maghbi, so mereka pun serahkan surat tersebut ke Maghribi dan sampai ke tangan sultan di negara tersebut.

Walaupun Putera Ibrahim ni bukan berasal dari Maghribi tapi sultan negara itu berminat dengan kes tersebut dan menubuhkan petisyen untuk membantu Putera Ibrahim yang kemudiannya diserahkan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, John Quincy Adams.

 

Akhirnya Putera Ibrahim merdeka tapi…

Disinilah kisah merdeka Putera Ibrahim bermula. Walaupun dana yang dikumpul untuk membantu memerdekakan beliau dan keluarga tidak mencukupi namun ia cukup untuk membebaskan Putera Ibrahim dan isterinya dari terus menjadi hamba di ladang tersebut.

Putera Ibrahim dan isteri kemudiannya pulang ke Afrika dengan menaiki kapal selepas empat dekad diperhambakan di Amerika Syarikat. Kedua mereka menuju ke kampung kelahiran Putera Ibrahim di Timbo yang kini dikenali sebagai Republik Guinea.

Namun belum sempat Putera Ibrahim mewarisi takhta dia telah menghembuskan nafasnya pada usia 66 tahun di Moravia, Liberia yang terletak tak jauh dari Timbo.

Lipatan sejarah memaktubkan dia sebagai putera raja yang diperhambakan dan kisahnya hanyalah berkisar sisi gelap sebagai hamba yang berasal dari istana.

Dilaporkan sehingga kini hanya dua dari sembilan anak Putera Ibrahim yang dimerdekakan dan kembali ke Afrika, manakala tujuh lagi anaknya masih lagi menjadi hamba di ladang berkenaan.

Bila baca kisah hidup Putera Abdul Rahman Ibrahim ni sedih pulak..hurmm

Baca : Ted Bundy, Syaitan Bertopengkan Manusia : Guna Wajah Kacak Umpan Mangsa Sebelum Bunuh Dan Rogol Mayat Reput

Ted