in

Presiden AS, Donald Trump Anggap Diri Kebal Selepas Disahkan Bebas Covid-19

ft trump 1

Hampir dua minggu lalu kecoh berita mengatakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disahkan positif Covid-19.

Walaupun sebelum ni dia pernah mengatakan virus ini palsu, namun akhirnya penyakit tersebut tetap menimpa dirinya.

 

Capture 1 4 3

Terbaru Trump menyatakan bahawa beliau telah bebas daripada virus itu, dan dia mendakwa dirinya kini kebal.

“Saya seperti kebal (COVID-19), saya tidak tahu, mungkin untuk jangka masa yang lama atau sebaliknya, mungkin untuk seumur hidup, tiada siapa yang tahu, tetapi saya kebal.

“Anda memiliki seorang Presiden yang kebal …kini anda ada seorang Presiden yang tidak perlu bersembunyi seperti dilakukan pesaingnya,”

Penyataan tersebut dinyatakan Trump selepas kembali berkempen menentang pesaingnya Joe Biden.

Wah, bukan main yakinnya dia ni…

 

Capture 2 2

Walaubagaimanapun, kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan data yang ada tidak mengesahkan sejauh mana antibodi yang diperlukan untuk melindungi seseorang daripada virus itu lapor Berita Harian

So walaupun Trump ni dah bebas Covid-19, dia tak bolehlah yakin sangat. Sebab macam-macam benda boleh jadi semula.

Alang-alang tu min nak ingatkan korang semua untuk sentiasa jaga diri, Covid-19 belum berakhir okay… 

 

Baca : 24 jam kemudian saya rasa hebat Trump Anggap Coronavirus merupakan Rahmat Tuhan Ada Jumpa Penawar

Capture 5 9

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube