Hari lahir ni memang hari yang istimewa untuk kebanyakan orang. Ada yang suka celebrate simple-simple je, tapi ada juga yang suka rai besar-besaran kat tempat-tempat mewah. Sekarang ni macam-macam cara dan kejutan orang buat untuk raikan hari jadi kenalan rapat ataupun insan tersayang.
Contohnya macam ada seorang wanita nama Ika Yan ni. Dia nak celebrate birthday suami dia tapi bukan celebrate cliche potong-potong kek tiup lilin cam kita tau. Dia buat prank yang memang rare habis, tak pernah dibuat orang. Tapi tup-tup kejutan dia tu kena kritik pulak kat orang ramai.

Kisahnya start masa ada seorang lelaki nama Encik Amar ni share kat Facebook kejutan yang dibuat isterinya sempena hari jadi dia. Nak buat kejutan special sempena birthday suami dia, Ika ni buat prank curi kereta Amar! Bukan sehari dua, tapi seminggu tau!
Rupa-rupanya Ika ni dia nak cat baru kereta suami dia ni sebagai hadiah hari jadi, so dia ‘curi’ la kereta Amar dan selamba je buat-buat tak tahu pasal ni. Amar ni pulak dah macam nak gila dibuatnya cari kereta tu, siap buat report polis dan muat naik details kereta dia sebar kat Facebook tanya if ada orang nampak.


Siapa tak sayang kereta, kan? Kalau hilang tiba-tiba tu takkan la nak biar macam tu je. Lepas tu hari-hari la Amar ni duk up entri pasal kehilangan kereta dia kat Facebook tapi masih takde khabar berita. Lepas seminggu tiba-tiba kereta tu muncul balik and dah tukar warna baru. Surpriiiiise!
Dah tahu kejadian sebenar tu, Amar bukan main happy lagi lah! Kereta hilang dah jumpa, cat kereta pun dah cat baru pulak tu. So Amar jelaskan keadaan sebenar kat Facebook dia and tak sangka punyalah sweet wife dia ni rupanya. Dia pun dah tarik balik laporan polis yang dia buat tu.

Ramai yang puji kejutan sweet Ika ni, siap cakap bertuah lagi Amar ni dapat wife macam tu. Tapi, ada jugak yang kritik dan kutuk prank kejutan Ika ni sebab dorang rasa macam keterlaluan.
“Prank ni budaya bodoh yang jadi ikutan. Terbukti rakyat Malaysia suka buat benda-benda yang tak berfaedah.”
“Prank tahap mengada-ngada.”

“Okay je prank ni kalau tak menyusahkan orang dan menyakitkan orang. Masalahnya ko siap buat report dan tarik balik pulak lagi. Tak menyusahkan PDRM ke tu?”
Sweet tu sweet jugak, tapi jangan sampai melibatkan orang lain dan menyusahkan orang sekeliling ye dak!
Baca: Wanita Ini Kongsi Bajet Kahwin RM6,000 Tetapi Dikritik Netizen