Tidak dapat dinafikan, setiap kali ada selebriti Malaysia yang membuat penampilan di pentas antarabangsa pasti kita akan merasa bangga.
Terbaru, pelakon meningkat naik serta juara Hero Remaja, Nadhir Nasar mendapat perhatian netizen apabila dia ditemu ramah oleh seorang influencer TikTok luar negara ketika berada di New York, Amerika Syarikat.
Artikel berkaitan: “Reflect diri tu” – Isu Buli Antara Pelakon, Ramai Tak Setuju Kenyataan Nadhir Nasar?
Artikel berkaitan: “Maaf atas kekhilafan” – Nadhir Nasar Beri Penjelasan Susulan Nama Disenarai Dalam Gerakan Boikot Artis
@deeswishclips Rate his fit 1-10 #nadhirnasar #fashion #style #streetinterview #fyp #viral
Perkongsian oleh @deeswishclips itu memaparkan pelakon drama Project: High Council itu bercerita mengenai fesyen yang digayakannya ketika pertunjukkan fesyen jenama antarabangsa, Coach. Dalam temu ramah itu juga Nadhir berkongsi restoran kegemarannya di New York.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah cara pelakon berusia 29 tahun menjawab soalan dengan begitu santai serta penggunaan Bahasa Inggerisnya yang sangat lancar.
Sebelum ini, Nadhir membuat ‘kerja gila’ apabila hanya singgah selama 48 jam di New York bagi menghadiri acara fesyen Coach sebelum kembali ke Kuala Lumpur bagi menghadiri acara lain.
Hebat lah Nadhir!
Sumber: TikTok