in

“Power Pocket Rocketman Ganu ni”- Azizulhasni No.1 Dunia Acara Keirin

Featured 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi kejayaan membanggakan rakyat Malaysia menerusi ikon berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang yang kini mendominasi tangga pertama dalam ranking dunia bagi acara keirin.


Menerusi ranking yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Azizulhasni atau dikenali ‘The Pocket Rocketman’mengumpul 2,560 mata sekaligus mendahului senarai meninggalkan pesaing terdekat dari Jepun, Yudai Nitta di tangga kedua dengan 2,551 mata, lapor Berita Harian.

Azizulhasni
Sumber: stadium astro

Tangga ketiga milik pelumba perancis Sebastien Vigier dipisahkan 212.5 mata di belakang Azizulhasni manakala Yuta Wakimoto dari Jepun berada di tangga keempat dengan 2,333.5 mata.

Ini merupakan kali ketiga Azizul menjadi No.1 Dunia bagi acara keirin, iaitu pada 2010 dan kali terakhir pada 2016.

Saya gembira kerana menerima pengiktirafan ini dan ia adalah hasil kerja keras saya dalam latihan dan pertandingan,”

Saya akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kedudukan ini dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik,”- Azizulhasni Awang

1 23
Sumber: malaysia gazette

Sementara itu rakan seperjuangannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di tangga ke-32 dengan 1,237 mata manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis di tangga ke-60 dengan 691 mata.

Seorang lagi pelumba basikal trek negara, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin pula berada di tangga ke-66 dengan 650 mata.

Untuk makluman, Azizulhasni bakal menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 

Baca : Chong Wei: Pegang Ranking No 1 Dunia Selama 9 Tahun, Ramai Bersedih Dengan Persaraan Legenda Sukan Negara

Wei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.