in

“Potong bebird dia!” – Budak Dari Terengganu Mengadu Sakit Perut Rupanya Kena Liwat Dengan Anak Pengasuh

Collage 26

Antara dilema parents yang bekerjaya adalah untuk hantar anak pada pengasuh. Lagi-lagi bila makin hari, makin banyak kes kanak-kanak yang dirogol dan didera oleh pengasuh sendiri.

Macam kes dari Terengganu ni. Pada 25 November lalu, seorang ibu telah mengambil anak perempuannya yang baru berusia 5 tahun dari rumah pengasuhnya tanpa mengetahui yang dia bakal mendapat berita yang sangat mengejutkan.

Menurut Harian Metro, ibu ini telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh di Kuala Terengganu pada pukul 7.20 pagi dan mengambil semula anaknya pada 5.20 petang. Hari mereka berjalan seperti biasa hinggalah tiba masa bila anak perempuannya ini nak guna tandas.

Nak dijadikan cerita, semasa anak perempuannya ini cuba untuk kencing, dia merasakan sakit yang tajam pada bahagian bawah dan menangis mendapatkan ibunya.

Risau dengan reaksi anaknya, ibu ini kemudiannya tanya apa yang berlaku dan anaknya jawab, seseorang telah memasukkan zakar ke dalamnya dari arah belakang.

Ibu yang terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh anaknya ini terus ke balai polis untuk membuat laporan sebelum ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Apabila pihak berkuasa menjalankan siasatan, dorang dapat tahu yang pengasuh telah tinggalkan kanak-kanak malang ini di bawah pengawasan anak lelakinya yang masih remaja sementara dia keluar menyelesaikan beberapa urusan.

Malangnya, bila ditinggalkan berdua, remaja tersebut mengambil kesempatan untuk meliwat kanak-kanak berusia lima tahun ini.

Kalau korang nak tahu, anak lelaki pengasuh telah pun ditahan sementara kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 14 (B) Akta Kesalahan Seksual.

Allahu, kesiannya budak ni. Confirm trauma teruk. Hopefully anak pengasuh ni dapat hukuman yang setimpal!

 

Baca: “Suami durjana” – Penjawat Awam Didakwa Rogol Serta Liwat Isteri Sampai 104 Kali & Cabul 3 Orang Anaknya

Screenshot 2019 11 27 At 10.28.05 Am