Cerita dia even orang yang duduk dekat Hollywood pun susah nak jadi pelakon dekat sana, lagi-lagi kalau orang dari negara lain kan? Tapi, Maya Karin dapat tembusi pasaran Hollywood! Gempaknya!
Pelakon berusia 39 tahun ini memulakan penggambaran sejak minggu lepas di Los Angeles sejak minggu lepas. Maya kongsikan detik-detik belakang tabir untuk tatapan peminat-peminat pelakon/aktivis ini di Instagram.
https://www.instagram.com/p/Bz89UtQDJIm/
Filem berjudul “Alone” ini diarahkan oleh Johnny Martin dan pelakon utama adalah Tyler Posey yang terkenal dengan wataknya di dalam Teen Wolf.
Dalam filem ini, Maya diberikan watak sebagai seorang saintis yang bertanggungjawab untuk mengkaji virus atau jangkitan yang membuatkan orang menjadi gila. Yang mencabarnya, Maya kena hafal skrip 4 mukasurat yang penuh dengan dialog berasaskan Sains. Peh…
https://www.instagram.com/p/Bzy2aZ_Dz-w/
Menurut Malay Mail, Maya Karin berkata dia berkenalan dengan pengarah, Johnny Martin menerusi kenalannya dan seorang rakannya telah memberikan tawaran dan membantu untuk hantar di ke LA bagi menjalani penggambaran satu babak ini.
https://www.instagram.com/p/Bz1e-00DDHl/
Ia berlaku dengan pantas! Saya dapat tiket sehari sebelum saya berlepas ke LA dan skrip pada keesokan harinya!”
Walaupun tak diberikan watak utama dalam filem ini, pengalaman yang Maya dapat untuk berlakon dalam filem ini memang sesuatu yang berharga. Kalau dapat watak cakap satu patah perkataan dekat Hollywood pun dah kira power tau!
Wow! Admin bangga betul dengan pencapaian Maya ni tau. Hopefully watak ‘kecil’ Maya ini dapat berikan dia peluang yang lebih besar in future!
Baca: 9 Artis Lelaki Malaysia Berdarah Kacukan Buat Hati Anda Tertawan