in

Polis Tolak Rasuah RM1,300 Terima Anugerah Integriti Tetapi Kembali ke Pemberi Rasuah Ugut Minta RM10,000

Bg 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Seorang polis semestinya perlu amanah dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan namun tidak semua pegawai berbuat sedemikian.


Tetapi dua pegawai ini bukan sahaja tidak amanah dalam melakukan tugas malah mereka juga pernah mendapat anugerah integriti. Eh malu lah!

1 5 E1499313472119
gambar hiasan

Tahun lepas, dua orang anggota polis telah berdepan dengan dua orang Ah Long ketika mereka sedang bertugas dan ditawarkan sebanyak RM1,290 sebagai rasuah supaya mereka dapat lari dari ditangkap.

Namun, polis tersebut menolak duit yang ditawarkan kerana ingin mengekalkan integriti sebagai seorang polis dan enggan bersubahat dengan Ah Long tersebut.

Kagum dengan tindakan mereka, ketua polis telah menganugerahkan mereka berdua Anugerah Integriti Nasional sebagai tanda penghargaan kerana menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia.

Bg 6 E1499313590496
sumber : kwong wah

Selepas menerima anugerah itu, kedua-dua pegawai tersebut telah melakukan sesuatu yang sangat memalukan dan memburukkan nama institusi polis.

Mereka telah berjumpa semula dengan Ah Long yang sama dan mengugut untuk berikan wang sebanyak RM10,000 jika tidak mahu ditangkap kerana cuba untuk merasuah mereka RM1,260 sebelum itu.

Weh, memalukan betul lah!

2 11 E1499313702469
gambar hiasan

Bagaimanapun, tindakan polis tersebut telah diketahui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sungai Petani, Kedah dan mereka telah ditangkap pada 4 Julai yang lalu. Mereka akan ditahan selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Dah dapat anugerah buat hal, kan dah kena masuk lokap! Elok-elok dapat nama baik, dah buruk balik… 

Baca : Polis Trafik Dirakam Terima Rasuah Ketika Berjabat Tangan Dengan Lelaki Yang Ditahan

1 11 E1499313009724

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.