in

Polis Syaki Suspek Insiden Tembakan Siam Paragon Mall Ubah Suai Senjata Mainan, Berdepan 5 Tuduhan

ft suspek siam paragon berdepan 5 pertuduhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak berkuasa Thailand mendakwa remaja berusia 14 tahun yang merupakan suspek dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall baru-baru ini dengan tuduhan pembunuhan terancang serta memiliki senjata api secara haram.

Pihak Polis tempatan mendakwa remaja berkenaan telah mengubahsuai pistol yang dikeluarkan untuk menembak peluru ‘kosong’.


Insiden tembakan rambang di pusat beli belah terkemuka di Bangkok tersebut telah menyebabkan dua orang maut dan ianya disifatkan sebagai insiden tembakan yang mengejutkan berlaku di Thailand sejak tiga tahun kebelakangan ini.

ezgif.com gif maker 2

Terdahulu, pihak polis mengesyaki suspek mengalami ganguan psikologikal dalam tragedi tembakan rawak berkenaan.

Pun begitu, pihak mahkamah mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan remaja itu di pusat kesihatan mental dan mengarahkannya ke dalam tahanan juvana sebaliknya, menurut dokumen mahkamah seperti yang dilaporkan oleh agensi Reuters.

Artikel berkaitan : “Baju mereka penuh darah” – Kembar Berusia 5 Tahun ‘Hilang’ Ibu Dalam Tembakan Di Siam Paragon Mall

Artikel berkaitan : “Tak sangka dia 14 tahun” –  Individu Dakwa Pernah Jumpa Penembak ‘Siam Paragon’ Di Padang Sasar

Suspek berdepan dengan lima pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram, membawa senjata api secara haram di khalayak ramai dan melepaskan senjata api secara haram di khalayak ramai menurut Mejar Jeneral Nakarin Sukhontawit.

tembak1 1696382826

Insiden tembakan yang berlaku lewat petang Selasa baru-baru ini di kawasan Bangkok menyebabkan ratusan pengunjung panik dan berlari menyelamatkan diri sambil menjerit dan kedengaran bunyi tembakan.

Suspek kemudian ditahan selepas dia berjaya dikepung pihak polis dan susulan daripada itu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berikrar untuk melaksanakan ‘langkah pencegahan’ selepas insiden tembakan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai kawalan senjata di negara itu.

Sumber : CNA

Sumber: CNA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.