in

“Polis pertama dah suruh saya jalan dah polis kedua suruh u turn” – Fikry Ibrahim Mengaku Dia Individu Kena Tahan Roadblock

Fikry 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini viral di media sosial apabila ada video menunjukkan pihak polis ‘menghalau’ segelintir rakyat Malaysia yang tak reti bahasa untuk duduk dirumah, bermacam-macam alasan diberikan.

Ia makin menjadi perhatian orang ramai apabila netizen mengspekulasikan salah seorang indivdu yang ‘kantoi’ terperangkap masa sekatan jalan raya itu merupakan seorang pelakon iaitu Fikry Ibrahim.


 

Masih dalam radius 10 km – Fikry Ibrahim

Kalau anda ingat, isu ini mula terjadi saat awal-awal PKP dulu, sentimen negatif menjadi semakin kuat apabila bukan sahaja rakyat yang tak dengar cakap, malah sebagai artis pada waktu sedang hangat menjadi buah mulut pasal bantuan dari kerajaan. Admin malas nak ungkit balik.

Dalam video itu tak dpat dilihat rupa dengan jelas, tapi berdasarkan kelibat yang diperhatikan oleh mata tajam netizen, ia seperti kelibat Fikry Ibrahim, tengok balik video ni:

https://twitter.com/NoreenHadzim/status/1245177551716110336

Setelah beberapa minggu, menerusi Astro Gempak Fikry Ibrahim akhirnya membuat pengakuan bahawa itu adalah dirinya dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Dia menegaskan bahawa dirinya tak buat salah apa pun kerana pada waktu itu dia masih didalam radius 10 kilometer, malah dia juga patuhi garis panduan yang ditetapkan,

“Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer. Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja.”

Katanya lagi ketika kejadian dia pada waktu itu baru sahaja pulang membeli barang, ketika dalam perjalanan untuk menuju destinasi dia langsung tak ditahan.

Malah dia tak melatah dan bersikap terbuka bahawa polis itu menjalankan tugasnya. Dia juga mendedahkan bahawa rumahnya dekat dengan tempat sekatan itu tapi tiba-tiba ada polis lain tengking suruh u-turn.

“Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan. Tapi masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn.”

 

Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakaman etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu. Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stress dekat rumah.”

https://www.instagram.com/p/B_cNbz3AiQC/?igshid=4n4c006hahzq

Dia juga menjelaskan bahawa dia terima mesej maki hamun di Instagram oleh budak kecil. Dia membuat keputusan untuk berdiam diri kerana tak nak mengeruhkan lagi keadaan.

Fikry juga menjelaskan bahawa ia cuma satu salah faham kerana dalam video itu, individu merakam seolah-olah nak mengapi-apikan lagi keadaan.

Bagaimanapun katanya, ada sahaja yang faham keadaannya.

“Tapi tak semua orang yang bersangka buruk selepas betul-betul menonton video itu.”

 

Baca : “Bukan Fikry Ibrahim ke tu?” – Lelaki Kena Jerit Dengan Polis & Dipaksa U-turn Gara-gara Keluar Tanpa Sebab?

Fikty

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.