Tular di media sosial mengenai sebuah video, memaparkan seorang remaja lelaki yang didakwa berusia 14 tahun memandu kereta Perodua Viva dipercayai milik bapanya.
Tindakan remaja itu bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri apabila dia turut membawa dua adiknya yang masih kecil dan tidak memakai tali pinggang keledar.
Dalam video terbabit, seorang wanita yang menahan remaja itu telah menegurnya dan menasihatinya kerana belum cukup umur dan tiada lesen memandu.
Artikel berkaitan: Bermain Di Tempat Duduk Driver, Budak Tak Sengaja Tertekan Pedal Minyak Kereta Showroom & Rempuh Dinding Mall
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lagi Kes Budak Bawah Umur Berani Pandu Kereta Sendiri Di Jalan Sesak
Remaja itu juga mengakui perbuatannya salah namun meminta pengadu berjumpa dengan bapanya selepas wanita itu menyatakan mahu membuat laporan polis.
“Jumpa ayah saya la.. saya tak kisah” jawabnya.
Menerusi rakaman video itu juga, difahamkan remaja berkenaan sudah beberapa kali memandu di kawasan perumahan tersebut.
Malah, dapat dilihat cara pemanduannya yang laju dan melulu ketika melalui bonggol turut membahayakan penduduk di kawasan kejiranan itu.
Polis kenal pasti keluarga remaja
Dalam perkembangan lain, polis sudah mengenal pasti keluarga remaja terbabit yang memandu di kawasan perumahan sekitar Sepang, Selangor.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Sumber: X, Astro Awani