Antara masalah berpanjangan yang tak selesai sampai sekarang adalah mat rempit. Sejak dulu sampai sekarang, pihak berkuasa masih cuba membanteras aktiviti merbahaya ini namun masih gagal.
Apa yang membimbangkan, perlumbaan haram dan aksi-aksi merbahaya ini bukan je membahayakan diri sendiri, malah orang lain.
Baru-baru ini, seorang polis sukarelawan di Jalan Hashim, Kluang, Johor cedera selepas dilanggar oleh seorang mat rempit semasa Ops Motosikal dijalankan pada 15 September lalu kira-kira jam 11 malam.
Harian Metro melaporkan, polis berusia 35 tahun itu telah dimasukkan ke dalam Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dan kini sedang menerima rawatan.
Menurut Timbalan Ketia Polis Daerah Kluang, Deputi Superitenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian itu berlaku ketika operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kluang yang bermula jam 10 hingga 12 tengah malam.
Kejadian ini berlaku apabila mat rempit tersebut membuat keputusan untuk membuat pusingan U secara tiba-tiba selepas panik melihat sekatan jalan raya. Bila penunggang motosikal itu cuba untuk melarikan diri, mangsa tak sempat nak mengelak hingga berlaku pertembungan antara mangsa dan mat rempit tersebut, kedua-duanya jatuh.
Namun, mat rempit tersebut sempat melarikan diri sebelum kemudiannya ditahan oleh pihak polis. Penunggang motosikal, Abdul Razak yang berusia dalam linkungan 20-an ini telah mengalami kecederaan di bahagian kiri dan kanan lengannya.
Abdul Razak kemudiannya di bawa ke balai polis untuk memberikan keterangan dan tindakan lanjut.