in

PM Ireland, Leo Varadkar Letak Jawatan Lepas Minta Gencatan Senjata Untuk Palestin Di White House

collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengatakan yang dia akan meletakkan jawatan dan melepaskan peranannya sebagai ketua parti Fine Gael.

Dalam satu sidang media yang dibuat di hadapan bangunan kerajaan di Dublin, Leo mengatakan bahawa keputusan tersebut dibuat kerana sebab peribadi dan politik.


Keputusan saya untuk meletakkan jawatan adalah atas sebab peribadi dan politik. Saya percaya, perdana menteri dan ketua baru akan menjalankan tugas dengan lebih baik dari saya.”

Perletakan jawatan ini bagaimanapun tidak menyebabkan pilihanraya umum serta merta di negara tersebut. Sebaliknya, Leo akan digantikan sebagai perdana menteri sejurus selepas penggantinya sebagai ketua parti mengambil alih jawatan.

Ahli politik juga manusia dan kita juga mempunyai batasan. Kita akan beri semua yang kita mampu hingga kita dah tak boleh nak bagi lagi. Kemudian kita perlu move on.”

Leo turut menambah sebab dia meletakkan jawatan lebih kepada sebab politik namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

Pengumuman ini jelasnya telah menamatkan kerjayanya sebagai ahli politik yang telah memegang jawatan sebagai perdana menteri sebanyak dua kali.

Meskipun dia menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana sebab peribadi dan politik, spekulasi yang bertebaran di sosial media menjelaskan keputusan itu berkemungkinan dibuat atas ‘desakan’ atau ‘tekanan’ pihak tertentu kerana kelantangan suaranya dalam isu Palestin.

Buat ucapan di White House minta gencatan senjata di gaz

Pengumuman dari Leo Varadkar ini dibuat selepas dia memberikan satu ucapan di White House pada Ahad lalu sempena sambutan tahunan St. Patrick’s Day.

Perdana menteri ini mengatakan bahawa orang Ireland sangat bersimpati dengan rakyat Palestin kerana mereka juga pernah melalui perkara yang sama.

Kami lihat sejarah kami di mata mereka (rakyat Palestin), kisah dihalau dan tempat dirampas, identiti kebangsaan dinafikan, dipaksa untuk berpindah, diskriminasi dan kini kelaparan.

Orang-orang di Gaza dalam keadaan terdesak memerlukan makanan, perubatan dan tempat perlindungan dan lebih penting, mereka mahukan bom dihentikan.

Kedua-dua pihak perlu berhenti, tahanan perlu dipulangkan dan bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan masuk.”

Siapa Leo Varadkar?

b2eab560 9734 11ed b105 0210609a3fe2

Ketika memegang jawatan sebagai perdana menteri pada tahun 2017, Leo Varadkar telah mencipta sejarah dengan menjadi perdana menteri Ireland pertama yang mempunyai kacukan dan seorang homoseksual.

Leo dilahirkan di Dublin oleh seorang ibu dari Ireland dan bapa yang dilahirkan di India. Sebelum memulakan kerjaya dalam politik, dia telah menjalani latihan sebagai seorang doktor.

Pada tahun 2015, ketika kempen referendum untuk meluluskan undang-undang membenarkan perkahwinan sesama jenis, Leo yang ketika itu merupakan Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa dia merupakan seorang gay dan mengundi ‘ya’ bagi referendum tersebut.

Ketika menjadi perdana menteri, partinya, Fine Gael telah pun menjadi kerajaan selama enam tahun sebelum mengalami krisis mengenai polisi rumahtangga termasuk isu kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Ekoran ini, pada pilihanraya 2020 yang lalu, parti ini hanya berjaya mendapat tempat ketiga dan telah bergabung dengan parti lawannya, Fianna Fáil dan Green Party untuk terus berkuasa.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian gabungan tersebut, Leo telah meletakkan jawatan sebagai ketua dan diganti oleh Micheál Martin, ketua Fianna Fáil. Selepas memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri dalam satu jangka masa yang singkat, Leo telah kembali memegang jawatan perdana menteri pada Disember 2022.

Sumber: NY Times, Palestine Chronicle, TRT World

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.