in

“Pikul mayat komunis sejauh 7KM” – Dua Bekas Askar Imbau Pengalaman Bertempur Dalam Hutan

collage 83

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang dah rasa ke bahang-bahang Hari Merdeka yang bakal disambut lagi dua hari ni? Bagi orang yang hidup ketika zaman negara masih berperang, mesti lagi berkobar-kobar nak sambut kemerdekaan ni kan?

So sempena merdeka ni, jom kita baca perkongsian bekas askar yang telah berkhidmat lama dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ini semasa mengikuti pertempuran melawan komunis.


Pikul mayat komunis sejauh 7km

Mengimbau kembali peristiwa di saat membuat Operasi Gerak Gempur di hutan Jampung Alai, Jeli, Kelantan pada Disember 1970, Sarjan Mohamad Sofian Dochik mengatakan memikul mayat komunis sejauh tujuh kilometer dan tertidur di sebelah mayat pada waktu malam merupakan pengalaman yang tak boleh dilupakan.

0825rs11 1535181565

Sebaik kumpulan komunis menyedari kehadiran kami, berlaku pertempuran dan kami berjaya menembak mati dua komunis membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam lingkungan umur awal 30-an.

“Saya memikul mayat lelaki, manakala rakan saya memikul mayat wanita untuk dibawa ke lokasi pendaratan helikopter sejauh kira-kira tujuh kilometer.”

Tambahnya, walaupun bangga dapat menumpaskan dua komunis, namun lelaki ini agak terkilan kerana wanita yang terbunuh itu sedang mengandung sehingga dia dan rakannya sepakat untuk bawa kedua-duanya keluar dari lokasi.

Selepas kepenatan memikul mayat tersebut dari jam 3.45 petang, Sofian dan rakannya mengambil keputusan untuk bermalam di satu lokasi dan meletakkan mayat di tengah-tengah bagi mengelak ancaman binatang buas.

0825rs11 01 1535181569

Ketika memikul mayat itu, saya dengar bunyi pada badan mayat seolah-olah masih hidup selain badan saya penuh berlumuran darah dan bau darahnya yang sangat menusuk hidung.

“Selepas subuh keesokannya, kami meneruskan perjalanan dan saya seorang memikul mayat musuh itu meskipun ada rakan lain yang mahu bergilir-gilir memikul mayat itu.”

Bagaimanapun, Sofian turut meluahkan kekesalannya kerana dua komunis yang terbunuh itu berbangsa Melayu.

Selain itu, dia turut menceritakan pengalaman mistik yang pernah dilaluinya semasa operasi lain di Kampung Alai, Gerik pada tahun 1980 di mana dia menembak musuh berpakaian jubah hijau.

Namun begitu, selepas beberapa das tembakan dilepaskan, musuh tersebut tetap tidak mati sehingga dia terpaksa mengajak rakannya meninggalkan lokasi.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang 23 tahun berkhidmat dengan RAMD dari tahun 1969 sehingga bersara pada 8 Februari 1992, Sofian telah bertempur sebanyak enam kali dengan komunis dan mengakui ia pengalaman yang mengerikan dan turut bersyukur kini tiada lagi ancaman komunis.

Pikul mayat komunis terburai perut sehingga dapat badi

Pengalaman yang diceritakan oleh Pegawai Waran II Tengku Hamzah Engku Husin juga turut mengerikan.

Selama 22 tahun berkhidmat dalam RAMD, Tengku Hamzah mengatakan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan adalah apabila dia dan anggota lain menentang komunis dalam operasi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Buloh, Keroh, Perak.

29hm16zyu 1661727621

Semasa pertempuran itu, pasukan kami dapat menembak tiga orang komunis dan membawa mereka keluar dari hutan untuk diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami bergilir-gilir memikul mayat mereka dan menempuh masa perjalanan selama dua jam di dalam hutan disebabkan keadaan yang berbukit bukau sebelum sampai ke jalan utama.

“Sepanjang perjalanan saya sedikit berasa agak gentar selain uniform yang dipakai turut dipenuhi dengan darah serta bau darahnya yang hanyir sehingga menusuk hidung.”

29hm16zjjk9s 1661727630

Tak terhenti setakat ini, selepas pulang dari operasi tersebut, Tengku Hamzah turut mengalami gangguan mistik di mana dia lenguh badan dan sukar melelapkan mata ekoran terkena badi mayat.

Bagi mengubati badi mayat, saya berjumpa dengan beberapa individu yang pakar dalam bidang perubatan Islam dan Alhamdulillah lama-kelamaan ia semakin berkurangan namun itu tidak bermakna saya sudah serik mengikuti operasi menentang komunis apabila diarahkan.”

Sepanjang 22 tahun berkhidmat dari tahun 1968 sehingga bersara pada 1990, Tengku Hamzah telah mengikuti lebih 10 operasi menentang komunis.

Selepas bersara, bekas askar ini kini diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai Penguasa RELA Bersekutu sehingga 2025.

Tabik!

Sumber: Harian Metro, Harian Metro

 

Baca: #KisahMerdeka : Hilang Kaki Terkena Jerangkap Samar Angkara Komunis! Ini Kisah Pok Ya, 1976

Screenshot 2022 08 29 at 6.06.42 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.