in

Pesanan Buat Si Penyondol, Haram Hukum Ganggu Rumah Tangga Orang Sampai Bercerai – UAI

penyondol UAI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu kehadiran orang ketiga atau lebih popular dengan istilah ‘penyondol’ dalam rumah tangga pasangan suami isteri hangat diperkatakan ketika ini.

Malah, perkara berkenaan secara tidak langsung membuatkan hubungan suami dan isteri menjadi retak.


Sedang hangat isu ini terutama dalam kalangan selebriti tanah air, seorang penyanyi nasyid yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz telah menemu bual Ustaz Azhar Idrus mengenai topik penyondol.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Furqan meminta pandangan daripada penceramah bebas itu mengenai soal perosak rumah tangga.

https://www.instagram.com/p/Cpel05eIQu5/

Bezakan penyondol dengan yang berkahwin dengan suami orang

“Kita kena bahagikan dulu mana yang dikatakan mengganggu rumah tangga orang dan mana yang dikatakan poligami yang dibenarkan Islam.”

Katanya dalam Islam, lelaki dibenarkan tetapi bukanlah disuruh berkahwin lebih seorang. Harus hukumnya untuk seorang wanita yang hendak berkahwin dengan suami orang tetapi bukan dalam keadaan sengaja merosakkan rumah tangga orang lain.

“Cuma kena faham, kalau makna sondol itu ialah orang perempuan yang dia sengaja nak merosakkan rumah tangga orang lain baru hukumnya haram. Tapi kalau dia nak berkahwin dengan suami orang, hukumnya harus,” ujarnya.

Tambahnya, ramai yang salah faham apabila seorang wanita ingin mengahwini lelaki berstatus suami orang dianggap perampas.

“Perampas ni begini, dia kahwin dengan suami orang dan dia suruh cerai isteri tua. Itu perampas. Dia hidup dengan baik, dia akan jadi isteri yang kedua. Itu bukan perampas. Itulah yang dibenarkan dalam Islam. Hukum tu tengok-tengok dulu. Bukan dengan emosi.”

Namun, jika dia mengganggu rumah tangga pasangan suami isteri sehingga berlakunya perceraian, maka hukumnya haram.

Baca: “2, 3 & 4 paling tersakiti” – Netizen Pertikai Kenyataan Wanita Ini Tentang Poligami

poligami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.