Rata-rata rakyat Malaysia sedang menyemak pusat mengundi mereka untuk PRU15 yang bakal berlaku. Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang sedang positif Covid-19, mereka juga perlu menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Adakah mereka ini dibenarkan untuk mengundi? Apakah langkah yang akan diambil untuk membenarkan mereka mengundi?
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Individu yang positif Covid-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Bagaimanapun individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak,” tambah beliau.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan mesyuarat dengan SPR untuk memberikan beberapa cadangan yang akan dijadikan sebagai SOP bagi memastikan PRU ini berjalan lancar dan selamat.
Mereka yang positif Covid-19 akan diberikan saluran khas dan tidak akan bercampur dengan orang lain. SOP yang sedia ada akan dikekalkan sebagai contoh, pelitup muka dan face shield akan diwajibkan dan sanitasi akan dilakukan.
Walaubagaimanapun, pemakaian pakaian perlindungan peribadi (PPE) lengkap tidak akan termasuk dalam cadangan SOP, ujar beliau.
Admin rasa sebab ni kali pertama negara kita mengadakan PRU dalam fasa endemik, jadi kita kena ambil langkah berjaga-jaga dan amalkan SOP yang ketat agar kita terselamat dari Covid-19.
Baca : Kicap ABC Di Malaysia Selamat, Tiada Sulfur Dioksida Dikesan – Tan Sri Noor Hisham