in

“Pesakit coronavirus disumbat dalam kotak besi”- [VIDEO] Cara Kerajaan China Kuarantin Pesakit Cetus Kontroversi

Featured 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral rakaman video yang mengejutkan ramai pihak selepas menontonnya apabila rakaman itu memaparkan layanan dan cara yang dilakukan terhadap satu pasangan yang didakwa telah dijangkiti coronavirus di China.

Ramai berpendapat cara itu agak kejam dan keterlaluan apabila pasangan tersebut dimasukkan ke dalam kotak sebagai kaedah untuk kuarantin mereka.


Ia sekaligus mencetuskan kontroversi ramai selepas layanan yang ditunjukkan kerajaan China keatas pesakit tersebut dikatakan sangat teruk.

Korang tengok video kat bawah ni :

Apa yang menyedihkan, dalam rakaman berdurasi 57 saat itu boleh dilihat pasangan tersebut berpelukan pada awal video sambil wanita teresak-esak.

Peluk 2
Sumber: youtube

Mereka kemudiannya dibawa naik ke belakang trak dan dikurung didalam kotak besi di atas trak tersebut.

Masuk Kotak
Sumber: youtube

Boleh kedengaran suara wanita menjerit sekuat hati sambil mengetuk pintu kotak itu berulang kali, didakwa kotak itu juga kecil dan sempit bagi memuatkan dua pesakit.

Mereka yang menyaksikan kejadian ini mengecam cara dan layanan yang diberikan kerajaan China kepada pesakit yang dijangkiti.

 

Baca : [Video] Rakaman Rumah Pesakit Coronavirus Dikimpal Supaya Mati Kebuluran

Wuhan3

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.