Selepas Yang di-Pertuan Agong menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin melalui Facebook rasmi Istana Negara.
Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
“Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.”
Selain itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah turut berpendapat bahawa perlunya ada kerajaan yang stabil dan kukuh serta mampu berfungsi dengan efektif bagi memulihkan ekonomi negara.
Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.
“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.”
Kenyataan ini dibuat selepas siri pertemuan Yang di-Pertuan Agong bermula dari 9 Jun hingga 5 Jun melibatkan 18 pemimpin politik dan berakhir dengan sidang khas Raja-Raja Melayu semalam.
Untuk pengetahuan korang, Parlimen telah digantung sejak pengisytiharan darurat pada 11 Januari lalu dan akan berakhir pada 1 Ogos bergantung pada nasihat jawatankuasa bebas sekiranya darurat dapat berakhir lebih awal.
Sebelum kenyataan dari Yang di-Pertuan Agong ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan parlimen akan bersidang semua semasa fasa ketiga pemulihan Malaysia dari PKP penuh sekarang.
Fasa ketiga itu dijangka dapat dicapai pada bulan September atau Oktober selepas kes Covid-19 kurang dari 2,000, kapasiti ICU mencukupi dan sekurang-kurangnya 40% penduduk selesai menerima vaksin.
Baca: Agong Setuju Bank Beri Moratorium Automatik Untuk B40 & M40 – Lim Guan Eng