Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) mengumumkan rombakan barisan kabinet yang menampilkan nama-nama besar dalam arena politik Malaysia.
Antara kementerian yang mendapat Menteri baru termasuklah Kementerian Kesihatan, Pertahanan serta portfolio sedia ada yang dipisahkan seperti Kementerian Komunikasi dan Digital.
Pun begitu, antara yang mendapat respon positif daripada rombakan tersebut ialah Kementerian Kesihatan yang menampilkan Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad sebagai menteri.
Perlantikan semula Dr Dzul itu membuatkan ramai yang teruja dek kerana prestasi beliau yang pernah memegang portfolio itu sebelum ini, termasuklah larangan merokok di tempat awam serta restoran yang diterajuinya itu.
“Dekat KKM dia memang bagus!”
Perkara itu membuatkan ramai yang teruja dan rata-rata netizen sangat berharap Dr Dzul dapat memperbaiki kementerian tersebut dari masa ke semasa.
Sebagai info, beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor. Di peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (AMANAH).
Hari ini, seramai 4 orang menteri baru dilantik dan dua orang menteri yang digugurkan daripada barisan kabinet Malaysia.
Sumber: X