Menjalani kehidupan secara bujang sebenarnya agak membosankan, lagi-lagi apabila pulang ke kampung untuk beraya, pasti ada makcik-makcik yang bertanya ‘bila nak kahwin’. Pasti soalan itu agak merimaskan dan agak sensitif bagi sesetengah orang bujang.
Nasib baik PKP tak adalah kena hadap soalan ni.
Tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling, lelaki yang pernah viral sebelum ini kerana mempromosikan dirinya melalui poster untuk mencari calon pasangan, dilaporkan akan menamatkan zaman bujangnya pada selepas Aidiladha ini.
Menurut Metro, lelaki yang dikenali Nooraziro Abdullah, 35, terpaksa menggunakan kaedah menggantung poster itu kerana mahu berkahwin dengan dalam tempoh segera.
Apabila dipersoal tentang cara dia mencari jodoh, dia menyatakan “Selagi kita melakukan sesuatu kerana tujuan yang baik, saya yakin tiada kesan negatif yang berlaku dan semua perkara yang baik akan diterima.”
“Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya.”
Tukang rumah dari Kampung Gong Nangka, Marang itu kini bercinta dengan seorang gadis dari Pahang yang dikenali sebagai Ibah dan akan melangsungkan perkahwinan selepas Aidiladha bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan.
Wah..tahniah! so siapa still single tu boleh try cara ni okay..