in

Pernah Viral Curang, Lelaki Didakwa Sumbat Isteri Ke Penjara Sebab Tak Dapat Lawat Anak Dijangkiti Covid-19?

ft bekas suami dakwa bekas isteri sebab tak dapat lawat anak tengah covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu pernah viral di media sosial kisah pasangan ini yang mana si isteri telah ‘tangkap’ suaminya curang dengan wanita lain. Pun begitu, selepas dari kes tersebut, tular pula isu baru apabila wanita ini katanya terpaksa melalui pelbagai halangan dalam mendapatkan hak anak selepas bercerai.

Menurut perkongsian daripada sepupu si isteri di Twitter, ketika proses hak penjagaan ingin dilakukan, pihak jabatan agama islam didakwa terlalu banyak memihak kepada lelaki (bekas suaminya), tambahnya lagi proses menjadi sulit sejak dari awal untuk failkan penceraian lagi.


Lebih teruk lagi, wanita tersebut telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa oleh bekas suami hanya kerana tidak dapat melawat anak yang positif Covid-19

 

Ustaz banyak back up lelaki

Menurut perkongsian yang tular di media sosial sekarang, sepupu kepada wanita yang bekerja sebagai seorang doktor di sebuah Hospital Kerajaan ini menceritakan bahawa pihak JAINJ dikatakan memihak kepada lelaki.

“Boleh bawa bincang..Suami boleh kahwin 4…Dosa besar kalau fitnah suami.”

Itu adalah kata-kata yang keluar dari mulut pihak terlibat saat proses failkan cerai dilakukan sedangkan mereka sudah mempunyai bukti yang kukuh.

Nak dipendekkan cerita isu hak tuntutan jagaan anak jadi semakin meleret apabila si bekas suami telah mendakwa bekas isterinya ke mahkamah gara-gara tidak dapat melawat anak yang pada ketika itu dijangkiti HFMD dan Covid-19. Malah hal ini juga telah dibuktikan dengan surat medikal yang diperolehi.

Screenshot 2022 10 18 170116

 

Bekas suami putar belit cerita, hakim enggan terima alasan anak kena Covid?

Si bekas suami kemudian telah mendakwa bekas isterinya dengan alasan telah ‘melanggar perintah mahkamah’, dan menurut perkongsian juga, hakim mahkamah tersebut didakwa telah abaikan keputusan sah HFMD dan Covid-19 anak pasangan itu.

Dalam pada itu, hakim juga dikatakan telah menurut permintaan bekas suami berkenaan yang mahukan bekas isteri dimasukkan ke dalam lokap selama 30 hari.

Kata sepupunya lagi, memandangkan si bekas suami tahu reputasi seseorang kakitangan kerajaan akan tercalar jika individu terbabit dipenjarakan, si bekas suami terus hubungi pihak KKM dan melaporkan bahawa ada seorang doktor telah dikenakan hukuman penjara.

“Dia kini berada di penjara dan cuba tangguh perbicaraan susulan selama beberapa hari. Sekarang apa jadi dengan anak tu?”

 

“Tak ada perintah mahkamah suruh laki jaga anak kalau mak dia masuk penjara.”

Memandangkan si bekas isteri telah ditahan ke dalam lokap, wanita tersebut memohon bekas suami untuk menjaga anak mereka kerana difahamkan mertua tidak boleh menjaga anak terbabit (jika berbuat demikian ia akan dianggap sebagai menculik).

Bagaimanapun respon dari bekas suami agak mengecewakan apabila dia berkata bahawa tiada perintah mahkamah yang meminta si bapa untuk menjaga anaknya jika si ibu masuk penjara.

Screenshot 2022 10 18 171132

Menurut perkongsian tersebut lagi, kejadian itu berlaku pada 13 Oktober lepas dan berikut adalah kronologi kes.

 

Kronologi kejadian

Screenshot 2022 10 18 171354 Screenshot 2022 10 18 171407

Screenshot 2022 10 18 171421 2

Screenshot 2022 10 18 172042

Screenshot 2022 10 18 172055 1

Terkini, dimaklumkan bahawa bekas isteri telahpun diberi penangguhan komitalnya. Ini bermakna wanita terbabit tidak dipenjarakan.

Dia dibebaskan selama 6 bulan ke setahun dan difahamkan sepupunya itu sudah berjumpa dengan Nik Elin Nik Rashid, pengasas Kelab Warisan Wibawa untuk susulan lanjut.

Baca : Isu Curang Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Bakal Ambil Tindakan Lanjut

hanafi curang dapat perhatian jknj

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.