in

Pernah Terima Rawatan Psikiatri Sebelum Kes Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Perlu ‘Follow Up’ Di Hospital

hafiz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes antara pelakon terkenal Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada masih lagi dalam perbicaraan mahkamah sehingga hari ini oleh sebab penangguhan tarikh perbicaraan.

Sebelum ini, Nurul Shuhada yang dikatakan telah dipukul sehingga cedera di muka telah memfailkan kes ini selepas bercerai pada 27 Julai lalu.


Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi & Shuhada Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Artikel berkaitan: Keputusan Lafaz Cerai Ditangguhkan 27 Julai Ini, Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Dah Banyak Kali Minta Cerai

Terbaru, Hakim Siti Fatimah Talib telah menetapkan tarikh perbicaraan kes ini iaitu pada 6 dan 7 Februari tahun hadapan.

Hafidz yang hadir kelihatan tenang mendengar keputusan dari kandang mahkamah. Dia yang hadir bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader telah memfailkan representasi pada 28 September lalu.

hafiz 1

Akberdin ada memaklumkan, sebelum ini Hafidz pernah mendapatkan rawatan kesihatan mental bipolar di Hospital Shah Alam dan masih follow up sejak tiga tahun lalu sehingga hari ini. Menurutnya juga, Hafidz mengambil masa sedikit kerana pendakwaan meminta untuk menghantar anak guamnya ke Hospital Ulu Kinta untuk analisa kesihatan mental.

Akberdin menambah, Hafidz hanya menyerahkan semuanya kepada Tuhan dan mengharapkan keputusan yang baik-baik sahaja untuknya.

Sebelum ini, pada sebutan kes bertarikh 9 Jun yang lalu, Hafidz disahkan waras. Oleh itu, pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan setelah pihak pendakwaan mengesahkan laporan rawatan psikiatri.

Terdahulu, Nurul Shuhada ada membuat laporan polis pada 2 Mac selepas dia mendakwa ditumbuk oleh Hafidz sehingga meninggalkan kesan kecederaan di bahagian pipi. Kes ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 kanun yang sama.

Sumber: Berita Harian Online, Kosmo Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.