Lelaki dan bola sepak memang tidak dapat dipisahkan. Bagi peminat fanatik, mereka akan buat apa sahaja demi menyokong pasukan kegemaran mereka.
Begitu juga seperti seorang penyokong pasukan Terengganu Footbal Club (TFC) ini, demi pasukan kesayangannya dia sanggup memanjat pagar stadium untuk menonton pasukan kegemarannya beraksi beberapa tahun lalu.
Pun begitu, dia akhirnya menyedari tindakannya menyelinap ke dalam stadium itu adalah satu kesalahan. Susulan itu, penyokong berkenaan kini tampil sendiri ke pejabat pengurusan untuk menebus semula kesilapan lalu dan membayar semula harga tiket tersebut.
Perkara ini didedahkan dan dikongsi sendiri oleh TFC di laman rasmi Facebook mereka.
https://www.facebook.com/401678050262882/posts/1031572423940105/?extid=R5bQF1Fz4wVDXiFs&d=n
Menurut TFC, penyokong berkenaan mengaku apa yang dilakukan olehnya adalah ketika dia masih muda dan tidak berfikiran panjang.
“Beliau menyatakan pada ketika itu beliau masih muda dan tidak berfikir panjang dan pemikiran beliau masih belum terbuka tentang betapa besarnya sumbangan penyokong dalam membantu kewangan dan kestabilan pasukan yang mereka sokong walaupun hanya dengan membeli sekeping tiket.”
Pun begitu, pendedahan ini bukan lah untuk membuka aib sesiapa kerana bagi TFC, ianya adalah satu tindakan yang sangat terpuji, dan dia menunjukkan dia adalah seorang yang jujur bukan sahaja sebagai seorang penyokong, tetapi sebagai seorang manusia.
Nicelah bro! Biasalah zaman muda..nakal sikit hehehe