in

“Pernah mimpi dikelilingi api”- Mak Nyah ‘Ziana Zain’ Berubah Lepas Dapat Mimpi

Feat Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini dia dikenali sebagai Ziana Zain nombor 2, kini bekas mak nyah Nik Aidi Azhar Che Seman,40 tahun lebih selesa dengan penampilan terbaharu yang tidak lagi berpakaian wanita sebaliknya mengenakan jubah, serban dan berkopiah.

Bercerita mengenai penghijrahannya itu, Nik berkata perubahan itu telah dilakukannya sejak 2 tahun lalu tanpa dorongan atau paksaan mana-mana pihak, lapor Harian Metro.


Featured 7
Sumber: instagram

“SAYA berubah dengan kerelaan sendiri kerana rasa takut melihat ramai orang meninggal dunia setiap hari, tidak kira tua atau muda.

“Keadaan itu buat saya terfikir bagaimana jika saya meninggal dunia satu hari nanti tanpa membawa apa-apa bekalan,”

 

“Bermimpi meninggal dunia dilanggar lori”

Nik yang kini menetap di Kuala Krai, Kelantan berkata selain itu, sebelum ini dia juga kerap didatangi mimpi ngeri ketika sedang tidur.

Niat nak berubah ini datang daripada hati saya sendiri kerana rasa takut dengan kematian memandangkan dulu (sebelum berubah), saya sering didatangi mimpi ngeri di dalam tidur antaranya meninggal dunia akibat dilanggar lori.

“Selain itu, saya pernah bermimpi duduk di satu tempat dengan dikelilingi api, tetapi kini hidup saya lebih tenang tanpa ada gangguan sebegitu.”

Meskipun perubahan itu telah dilakukan sejak 2 tahun lalu, namun ia kembali menjadi perhatian selepas gambar Nik dikongsikan rakannya, Mohd Fauzi Yusoff di Facebook baru-baru ini.

https://www.facebook.com/mohdfauzi.yusoff.3/posts/425602365014716

 

“Mungkin ia peringatan Allah swt untuk saya berubah”

Dia percaya yang mimpi tersebut merupakan peringatan Allah swt supaya dia berubah dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Nik yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, perubahan yang dilakukannya ada secara perlahan-lahan dengan mengubah penampilan dan menyertai aktiviti keagamaan.

“Saya perlahan-lahan berubah dan baru-baru ini banyak ke masjid untuk solat. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi tinggal solat kerana solat lima waktu itu penting.

“Kalau mati dan di akhirat nanti, solat yang akan ditanya dulu, jadi perkara itu membuatkan saya takut dan sentiasa beringat untuk insaf.

“Alhamdulillah, Allah SWT beri hidayah untuk berubah dan saya rasa lebih tenang, cuma karakter saya saja tidak boleh berubah kerana memang lembut seperti ini.

“Biarlah apa orang nak kata kerana apa yang penting adalah niat saya untuk berubah dan terus berpakaian seperti lelaki,”

Malah dia bersyukur kerana mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan.

 

Baca : Semalam kau tidur dengan aku Lelaki Kena Belasah Dengan Pondan Sebab Kantoi Curang Dengan Pondan Lain

Pondan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.