Korang semua mesti pernah tengok The Conjuring kan? Macam yang korang semua tahu, filem yang ditayangkan pada tahun 2013 ini telah diinspirasikan dari kisah benar.
Baru-baru ini menerusi Facebook, pemilik rumah berhantu itu telah menyatakan hasratnya untuk menjual rumah tersebut pada harga USD1.5 juta (RM6.6 juta).
Rumah yang dibina pada tahun 1736 ini terletak di kawasan estet pedalaman kira-kira 40 minit dari bandar Rhode Island. Untuk pengetahuan korang, rumah berhantu ini berukuran 8.5 ekar tau. Fuh besar gilaaaaa
The sellers say they intend to return to the Rhode Island home monthly to help host paranormal investigators along with a team assembled by Ms. Nuñez.
“I’m not afraid of the house,” says Ms. Nuñez, but jokingly adds “ask me again in a year.” https://t.co/FASx1utXeM
— WSJ Real Estate (@WSJRealEstate) May 25, 2022
Rumah ‘The Conjuring’ ini telah dijual oleh pasangan Jenn dan Cory Heinzen yang membeli rumah ini pada tahun 2019 dari Andrea Perron. Keluarga Perron telah tinggal di rumah tersebut dari tahun 1971 sehingga 1980 dan mendakwa telah diganggu dengan pelbagai aktiviti paranormal.
Keluarga ini kemudiannya meminta bantuan penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren macam yang korang tengok dalam filem ‘The Conjuring’.
Sejurus selepas rumah ini diiklankan untuk dijual, seorang pemaju hartanah Jacqueline Nunnez yang tinggal di Boston telah pun membeli rumah tersebut dengan harga 30% lebih tinggi dari harga yang ditetapkan.
Jacqueline memberitahu media tempatan dia akan berkolaborasi dengan keluarga Perron untuk menggunakan rumah ini sebagai pusat pembelajaran kepada mana-mana parti yang boleh “berhubung dengan makhluk halus”.
Pembelian ini sangat peribadi untuk saya. Apabila ia dijual, saya merasakan hartanah ini dapat memberikan orang peluang untuk bercakap dengan orang yang dah mati.”
“Nampak ibu melayang dan tercampak sejauh 20 kaki”
Andrea Perron, who lived in the house from 1971 to 1980, says she experienced harrowing encounters there. At a séance, Miss Perron saw her mother levitating and then being thrown 20 feet. She says she hit her head so hard that she thought she was killed. https://t.co/tBAovyd6aX pic.twitter.com/HCppHiuSwr
— WSJ Real Estate (@WSJRealEstate) May 24, 2022
Menurut pemilik sebelum ini Andrea Perron, dia pernah melihat ibunya melayang dan dicampak sejauh 20 kaki.
Kepala ibu saya terhentak kuat sampai saya ingatkan dia dah mati.”
Namun begitu, bila ditanya ibunya itu sendiri tak ingat kejadian yang berlaku ke atasnya.
Selain itu, mereka juga mendakwa pernah ditampar oleh entiti ghaib. Adoi seramnyaaa
Kalau korang nak tahu, penjual rumah ini telah meletakkan syarat supaya pembeli meneruskan perniagaan mereka dan membenarkan pelawat untuk bermalam di sana dan menjalankan siasatan ke atas aktiviti paranormal tersebut.
Sebelum ini, tiada orang yang boleh bertahan duduk di rumah ini lebih dari setahun tau!
Sumber: The Wall Street Journal