in

Pernah Dakwa Indonesia Jadi Kiblat, Ajaran ‘Abah Aos’ Kini Di Malaysia?

syaz ft 2026 01 21T114312.353

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu ajaran yang dipercayai berasal dari negara jiran mencetuskan kebimbangan apabila didakwa menyimpang daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan dikesan telah bertapak secara senyap di Malaysia, khususnya di Selangor.

Ajaran berkenaan dipimpin oleh seorang individu yang dikenali sebagai ‘Abah Aos’ dan mudah dikenali melalui amalan pemakaian kopiah merah putih dalam kalangan pengikutnya.


Artikel berkaitan: Wanita Mengaku Sebar Ajaran Sesat ‘Cahaya’, Dakwa Bukan Mahram Boleh Berpelukan

Artikel berkaitan: Pemuzik Jalanan Dituduh Ajar Isteri Ajaran Sesat Millah Abraham, Kena Penjara Sebulan

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pensyarah dan pendakwah, Ustaz Aizuddin Abdul Hamid yang memaklumkan bahawa ajaran tersebut dipromosikan secara terbuka serta agresif menerusi platform media sosial.

Menurutnya, ajaran itu mula dikesan di kawasan Serendah sejak penghujung tahun lalu, namun masih belum meluas.

@tarmizislow0

#aosomi #reels #viral #tiktok #shorts

♬ suara asli – Adis Mas Diyas – Adis Mas Diyas

“Berdasarkan maklumat dan daripada video yang tular dan pengakuan sendiri oleh akaun TikTok Perjuangan Santri @fansabahaos, mereka mengaku telah mengadakan program di kawasan Serendah.

Kehadiran peserta dalam program tertutup tersebut membuktikan wujudnya kelompok pengikut yang aktif di Malaysia.

Walaupun jumlah sebenar belum dapat dipastikan, kewujudan markas atau lokasi pertemuan sebegini adalah indikator bahawa dakyah mereka mula diterima oleh sekelompok masyarakat di negara kita,” katanya.

Bagaimanapun, Aizuddin menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memfatwakan ajaran tersebut sebagai sesat.

“Itu adalah bidang kuasa mutlak pihak berautoriti seperti Jawatankuasa Fatwa Negeri, Jabatan Mufti, atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pemerhatian terhadap ciri-ciri yang jelas menjurus ke arah kesesatan dan menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antaranya mensyaratkan pemakaian kopiah merah putih dan menghadirkan wajah guru dalam solat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pengikut ajaran tersebut mendakwa solat tidak sah sekiranya tidak memakai kopiah dan diwajibkan membayangkan wajah guru mereka, Abah Aos, ketika menunaikan solat.

Katanya, dakwaan itu amat meragukan kerana solat dalam Islam hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata.

“Selain itu, ajaran itu juga mendakwa Indonesia akan menjadi kiblat seluruh bangsa serta satu-satunya negara berketuhanan Yang Maha Esa di dunia.

Pengakuan ini boleh dilihat secara terbuka di salah satu video akaun TikTok Perjuangan Santri (@fansabahaos). Kenyataan ini sangat berbahaya dan bercanggah dengan fakta agama.

Jika Indonesia satu-satunya negara berkat, di mana pula letaknya kemuliaan Mekah dan Madinah? Sedangkan dalam Al-Quran jelas menyebut tentang keberkatan Tanah Haram,” soalnya.

Tambah beliau, satu laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa berkaitan perkara itu dan Seksyen Jenayah Khas, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghubunginya bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.