Anugerah Juara Lagu yang ke 33 telah berlangsung malam tadi, saingan begitu sengit, dapat tengok masing-masing semalam all out untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara . Ara Johari ditempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Misha Omar yang juga telah merangkul anugerah Vokal Terbaik.
Tanpa diduga, Persembahan Terbaik yang disandang oleh Sufian Suhaimi yang mengalunkan lagu Di Matamu malam tadi telah berjaya memukau hati penonton. Termasuklah Elfira Loy.
Semoga dengan kemenangan awak , “ derita “ & penceritaan awak akan habis. – Elfira Loy
Umumnya semua tahu cerita mengenai hubungan antara mereka sebelum ini, Elfira sekarang pun dah mendirikan rumah tangga.
Bahkan, pasti semua orang pasal lagu ni ada dikaitkan dengan hubungan mereka sebelum ini kan? Itu sebablah tweet doa dan ucapan EL buat bekas kekasihnya itu mendapat perhatian netizen.
Ternyata, tweet yang di muat naik oleh El itu mengundang padah apabila dia disindir teruk oleh netizen.. Mereka anggap cara El menggunakan ayat ‘derita’ tu seolah-olah bersikap sarkastik.
Perlu ke mention derita tu? – Netizen
“Awak yang tak move on kot”
Kalau kita dapat lihat semalam, persembahan lagu Di Matamu itu menunjukkan Chandelier, pelamin dan kerusi yang memang ‘kena’ maksud lagu ini, putus hubungan.
Bagaimanapun menerusi temuramah dengan MHE TV semalam, Sufian tidak ada tujukan kepada mana-mana pihak tentang persembahan itu.
Di Matamu – Sufian Suhaimi
Hmm, siap ada yang pertikaikan El yang tengah menunaikan ibadat umrah bersama suami di tanah suci. Kita tak tahu maksud orang tu, kalau nak kecam pun jangan lah kesitu.